in

Cerekarama TV3 Musim Cinta Di Bulan April

Musim Cinta Di Bulan April

Cinta ibarat anak kunci hati yang tidak akan mengizinkan semua ketukan lain kecuali cinta itu sendiri datang dari sang kekasih hati. Slot Cerekarama yang ke udara setiap hari Sabtu, jam 10 malam bakal menghiburkan para penonton dengan menyajikan drama menarik sepanjang bulan April ini. Selepas drama ”Nurin Najwa” yang ditayangkan pada 7 April lalu, nantikan pula giliran ”Landasan Cinta”, ”Menara Cinta” dan ”Mencintaimu” yang akan menemui penonton pada 14, 21 & 28 April. Pastinya adegan romantik yang memenuhi slot Cerekarama sepanjang bulan April ini akan membuat semua penonton setia TV3 tersenyum.

Penggambaran drama yang dijalankan di Perth, Australia ini bakal menyaksikan kehebatan lakonan Shahrizal Jaszle di dalam Landasan Cinta membawakan watak seorang juruterbang yang tampan manakala heroin yang semakin meningkat naik, Tasha Shilla pula memegang peranan sebagai Nisha. Drama terbitan Zeel Production yang diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin turut menampilkan pelakon Shah Iskandar, Fiza Elite, Lydiawati dan ramai lagi.

Minggu berikutnya, pengarah berbakat Zulhuzaimy dan terbitan Temenggung Pictures mengajak para penonton menyelami bersama kisah percintaan di kota Paris menerusi drama Menara Cinta yang menampilkan lakonan mantap Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Zulhuzaimy, Nabila Huda dan Rosnah Johari.

Menutup bulan April, drama Mencintaimu meneruskan kehangatan slot Cerekarama menerusi sentuhan sutradara Haris Kadir, yang menampilkan gandingan pelakon-pelakon hebat seperti Eman Manan, Sharifah Amani, Aida Khalida, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Dzarin Kamaruddin, dan Fazlina Ahmad Daud.

Jangan lupa janji temu anda bersama TV3 menerusi slot Cerekarama April ini!

Landasan Cinta (2)

CEREKARAMA – SABTU 10.00MLM
LANDASAN CINTA, 14 April 2012.
Sinopsis: Umar yang sudah menjangkau usia 28 tahun merupakan seorang juruterbang yang tampan dan masih bujang. Sikapnya yang serius dan jarang melemparkan senyuman mengakibatkan dirinya dilabel sebagai seorang yang sombong. Lain pula kisahnya mengenai Nisha yang merupakan seorang gadis yang riang namun seringkali gagal dalam percintaan.

Suatu hari Nisha telah memenangi tiket penerbangan ke Perth. Semasa perjalanannya ke sana, Nisha telah duduk di sebelah pasangan pengantin baru iaitu Shiela dan Hisham. Shiela merupakan seorang yang suka bercakap besar dan lagaknya membuatkan Nisha berasa rimas. Apabila Nisha disoal mengenai statusnya samada sudah berkahwin atau tidak, lantas Nisha memberi alasan bahawa dia adalah kekasih kepada seorang juruterbang. Setelah selamat sampai di Perth, Nisha berasa lega kerana tidak perlu bertemu Shiela lagi. Akan tetapi Nisha tidak bernasib baik apabila Shiela juga menetap di hotel yang sama maka mereka sering bertembung.

Semasa Umar ingin menuju ke hotel satu insiden kecil telah berlaku di mana pintu yang dibuka oleh Umar telah terlanggar Nisha. Kemudian berlaku pertengkaran kecil di antara mereka dan tanpa disedari Shiela telah menuju ke arah mereka berdua. Nisha berasa panik dan terus mengakui bahawa Umar ialah bakal suaminya. Apakah akan berlaku seterusnya?

Pelakon: Shahrizal Jaszle, Tasha Shila, Shah Iskandar, Fiza Elite, Lydiawati, Kismah Johar, Fendi Seman, Farid Najib, Wan Shades, Liea Banks, Sharifah Sakinah, Balkisyh Semundur Khan

Menara Cinta (3)

MENARA CINTA, 21 April 2012
Sinopsis: Atas hasutan mertua, rumahtangga Rizwan dan Sofia berakhir dengan penceraian. Sofia kemudiannya mengikuti kekasih barunya Danial pulang ke England dan bernikah di sana. Sementara itu, hubungan rapat di antara Rizwan dan peguam sarienya, Nur akhirnya berakhir dengan ikatan pertunangan.

Namun ketika hampir dengan majlis perkahwinan mereka, Rizwan dihantar oleh syarikatnya untuk bertugas sebulan di Paris. Takdir Allah SWT, ketika di Paris Rizwan terserempak dengan Sofea. Hakikatnya, hati Rizwan tidak pernah melupakan Sofea kerana wanita itu adalah cinta pertamanya dan mereka bercerai tanpa pergaduhan besar. Tambahan pula, kota Paris merupakan lokasi mereka berbulan madu. Apakah suratan yang tertulis buat mereka berdua?

Pelakon: Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Zulhuzaimy, Nabila Huda, Rosnah Johari.

MENYINTAIMU, 28 April 2012
Sinopsis: Juliana tidak mempercayai kaum lelaki setelah ditinggalkan oleh dua lelaki tanpa sebarang alasan. Tindakan Juliana amat membimbangkan kedua orang tuanya, Osman dan Zainun. Zainun beranggapan Juliana tidak pandai dalam bercinta dan menjaga perasaan lelaki.

Bagaimanapun pertemuan tanpa sengaja dengan Khairul Izwan telah merubah segalanya. Sikap prihatin dan kematangan Izwan telah membuka pintu hati Juliana untuk bercinta semula, Namun dia bimbang hubungan tersebut tidak direstui oleh Osman dan Zainun memandangkan usianya dengan Izwan jauh berbeza. Adakah ibu bapa Zainun merestui hubungan anaknya dengan lelaki yang jauh lebih berusia? Dan berjayakah Zainun menemui cinta sejatinya?

Pelakon: Eman Manan, Sharifah Amani, Aida Khalida, Ahmad Tarmimi, Dzarin Kamaruddin, Fazlina Ahmad Daud.

Landasan Cinta (1)

Mencintaimu (4)

Mencintaimu (1)

Menara Cinta (4)

Menara Cinta (3)

Menara Cinta (3)

Menara Cinta (3)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wisata & 13 Hari Program Travelog Menarik Di RTM

Taraf Pemastautin Tetap Malaysia Aaron Aziz Masih Belum Diluluskan