in ,

Cerekarama Racun Ibu Lakonan Fasha Sandha & Farid Kamil

Cerekarama Racun Ibu akan disiarkan pada 28 Disember 2013 jam 10.00 malam  di TV3. Antara pelakon yang menjayakan telemovie ini ialah Fasha Sandha, Farid Kamil, Fauziah Nawi, Ika Nabila, Noni Zainuddin, Zila Bakarin.

Sinopsis drama Racun Ibu: Rohani sering melepaskan marah kepada anak-anaknya, Sharin, Lili dan Mimi selepas ditinggalkan suami hampir 20 tahun lalu. Kini, dia sudah tidak berdaya kerana disahkan menghidap kencing manis. Hanya menantunya, Azah yang bertahan dengan sikap Rohani dan sering uruskan Rohani. Namun hanya maki hamun yang diterima Azah. Akibat tidak tahan dengan sikap ibu mentuanya, Azah meminta suaminya, Sharin menghantar Rohani ke rumah orang tua. Sharin berang dengan tindakan Azah kerana tidak sangka isterinya akan menuduh ibunya sebegitu rupa kerana Rohani akan berlakon baik dengan Azah jika di depan Sharin.

Jadi, berlaku pertengkaran antara Sharin dan Azah. Suatu hari, Azah ingin menyuapkan makanan kepada Rohani, lalu Rohani mengambil nasi dan ditonyohkan ke muka Azah. Ketika itu Sharin melihat kejadian itu. Azah bengang dan terus keluar dari bilik. Sharin memujuk ibunya supaya tinggal di rumah kebajikan. Namun Rohani merayu dan mengatakan dia akan berubah. Akhirnya, Sharin akur dengan rayuan ibunya. Namun, sikap Rohani masih tidak berubah. Azah telah mengadu masalah kepada rakan sekerjanya, Diana. Diana telah mencadangkan supaya Azah berjumpa bomoh untuk menghapuskan Rohani. Azah terkejut tetapi akhirnya dia bersetuju kerana penat menjadi hamba kepada Rohani. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Cerekarama Racun Ibu akan disiarkan pada 28 Disember 2013 jam 10.00 malam  di TV3. Antara pelakon yang menjayakan telemovie ini ialah Fasha Sandha, Farid Kamil, Fauziah Nawi, Ika Nabila, Noni Zainuddin, Zila Bakarin.

Racun Ibu (1b)

Racun Ibu (2a)

Racun Ibu (3a)

Racun Ibu (4a)

Racun Ibu (5a)

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem Hebat Rai Sambutan Tahun Baru 2014

Filem CHIKARO Guna Konsep Mockumentary