in ,

CEO AirAsiaX Tukar Kerjaya Sebagai Penghantar Makanan Sepanjang Musim PKP

Di saat getir ini, ramai yang hilang punca pendapatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang mula dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu hingga 28 April ini.

Disebabkan itu jugalah, ramai yang beralih profesion demi mendapatkan sumber tambahan tambahan sepanjang tempoh ini berlangsung. Tidak terkecuali Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsiaX, Benyamin Ismail yang kini menjadi runner penghantar makanan.

Sanggup turun padang dalam membantu para pekerja SANTAN menghantar makanan yang dipesan kepada pelanggan,  Benyamin secara sukarela bekerjasama membantu bagi menaikkan semangat moral pekerjanya yang dikenali sebagai AllStars.

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan AirAsia dijangka mengalami kerugian melebihi RM1.1 bilion pada 2020 selepas syarikat penerbangan berkenaan memutuskan untuk menghentikan sementara operasinya bermula 28 Mac hingga 21 April 2020.

View this post on Instagram

If you haven’t already guessed… our CEO who delivered food to Malaysians today was none other than @benyaminismail CEO of @airasia X👏👍💪 showing us the true spirit of unity and togetherness during this period #wewillgetthroughthistogether . Ben stepped up and volunteered to help Santan bring delicious comfort food to Malaysians during MCO period and we are grateful for his and all our Allstars help. 🙏Did you catch him on the road? Some of our lucky customers did! Swipe right 👉 . Tune in tomorrow to catch more of Ben’s journey and experience as a Santan food delivery rider. Order your Santan meals on santan.com.my💪you never know who’s bringing it to you! 🤗 . *Mask off is for photo purposes only* . #SantanGotYou #OneAirAsia #Wewillgetthroughthistogether

A post shared by #SantanGotYou🇲🇾 (@santan.asean) on

Kerugian lebih besar akan dijangka 2020-2021 selepas mengambil kira kejatuhan hasil akibat penggantungan sementara penerbangan serta prospek industri yang agak sukar selepas dimasukkan usaha penjimatan kos kakitangan, operasi pajakan, bahan api, operasi serta perbelanjaan penyelenggaraan.

Awal April lalu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAssia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes memberitahu beliau kini sedang berbincang dengan kerajaan bagi mendapatkan pinjaman untuk menyokong kedudukan tunai ketika berada dalam persekitaran operasi yang sukar.

Tetap optimis, Tony meminta agar pelanggan memilih sistem kredit sebagai alternatif bagi penerbangan yang dibatalkan berbanding permohonan bayaran balik yang mengambil masa antara 12 hingga 16 minggu berikutan daripada jumlah permohonan yang tinggi.

Memberitahu hampir 80% daripada pelanggan bersetuju untuk pilihan tersebut, pekerja AirAsia menerima pengurangan gaji antara 15 hingga 75% bergantung kepada tempoh perkhidmatan bagi berkongsi impak yang perlu ditanggung AirAsia.

Terdahulu, larangan perjalanan dan permintaan yang merosot di dunia yang berpunca daripada pandemik COVID-19 telah meletakkan syarikat penerbangan negara berisiko untuk bankrap, terutamanya Malaysia Airlines yang sedang berdepan dengan krisis kerugian besar sebelum ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Posting Terbaru Bonda Rozita Seakan Bagi Hint Aliff Syukri Yang Buat Hal?

Netizen Puji Aishah Hasilkan 1,000 Face Shield Untuk Frontliners Seorang Diri