in , ,

CelcomDigi Buka Pra-Tempahan Google Pixel 10 Series Dengan Tawaran Eksklusif

Pra-Tempahan Google Pixel 10 Kini Dibuka Dengan Tawaran Menarik, Ganjaran Hebat Dan Teknologi Canggih Untuk Semua Peminat Gajet

Peminat teknologi di Malaysia kini boleh mula pra-tempah siri terbaru Google Pixel 10 yang terdiri daripada Pixel 10, Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL melalui platform Easy360 bersama pelan CelcomDigi ONE™ dan Postpaid 5G. Kehadiran siri baharu ini sekali lagi menggegarkan pasaran kerana ia hadir dengan cip Google Tensor G5 yang menjanjikan prestasi lebih pantas, kamera serba canggih dan integrasi penuh dengan Gemini AI – menjadikannya antara telefon pintar paling dinanti tahun ini.

Teknologi Terkini Yang Memberi Pengalaman Luar Biasa

Siri Pixel 10 bukan sekadar telefon pintar biasa, sebaliknya ia direka untuk memberi pengalaman lebih pintar, lebih pantas, dan lebih intuitif. Google Tensor G5 bukan sahaja meningkatkan kelajuan pemprosesan, malah ia juga mengoptimumkan keupayaan kamera untuk menghasilkan gambar yang lebih jelas, tajam dan natural walaupun dalam keadaan cahaya rendah.

Selain itu, Gemini AI terbina dalam membolehkan pengguna menikmati fungsi pintar seperti transkripsi suara masa nyata, carian lebih efisien dan pengurusan multitasking yang lebih lancar. Pendek kata, Pixel 10 ini direka khas untuk mereka yang mahukan kuasa AI di hujung jari.

CelcomDigi Buka Pra-Tempahan Google Pixel 10 Series Dengan Tawaran Eksklusif

Pra-Tempahan Dengan Pelan Mudah Dan Fleksibel

Untuk memudahkan pelanggan, pra-tempahan dibuka hingga 27 Ogos 2025 menerusi laman rasmi CelcomDigi. Bagi mereka yang melanggan Postpaid 5G 100 dan ke atas, pra-tempahan boleh dibuat dengan bayaran serendah RM73 sebulan melalui pelan ansuran Easy360 selama 36 bulan dengan faedah 0% dan tanpa bayaran pendahuluan (RM0 upfront).

Lebih menarik, pelanggan dengan Postpaid 5G 120 dan ke atas boleh menjimatkan sehingga RM4,653 dengan pra-tempahan ini. Tawaran ini benar-benar berbaloi kerana selain mendapat peranti terkini, pelanggan juga menerima bundle eksklusif Google x CelcomDigi.

Bundle Eksklusif Google x CelcomDigi

Pelanggan yang membuat pra-tempahan akan menerima aksesori premium yang disediakan khas sebagai nilai tambah. Antara item dalam bundle eksklusif ini termasuk:

  • PixelSnap Charger dengan Stand
  • Pixel Case dengan PixelSnap
  • Set pelekat koleksi (collectible stickers)

Bundle ini bukan sekadar aksesori biasa, ia direka untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lengkap dan bergaya.

Servis Premium Tambahan Untuk Semua Pra-Tempahan

Selain peranti dan aksesori, CelcomDigi turut menawarkan perkhidmatan premium kepada semua pelanggan yang membuat pra-tempahan. Antara yang disertakan ialah:

  • Google One
  • YouTube Premium
  • Fitbit
  • PhoneCARE percuma selama 2 bulan

Dengan pakej tambahan ini, pengguna bukan sahaja mendapat peranti baharu tetapi juga akses kepada ekosistem digital Google yang lebih luas.

Apa Kata Budiey?

Budiey rasa langkah CelcomDigi membuka pra-tempahan untuk siri Google Pixel 10 ini sangat kena pada masanya. Ramai pengguna Android di Malaysia yang sudah lama ternanti-nanti kemasukan rasmi Pixel dengan sokongan rangkaian telco tempatan. Dari segi tawaran, ansuran serendah RM73 sebulan tanpa faedah memang menjadikan peranti ini lebih mudah diakses oleh ramai orang.

Tambahan pula, bundle eksklusif Google x CelcomDigi yang diberi percuma itu memang boleh jadi tarikan utama. Kalau nak dibandingkan dengan pelancaran telefon pintar lain, Pixel 10 nampaknya cuba menonjol dengan AI Gemini dan keupayaan kamera yang menjadi ‘selling point’ utama.

Budiey boleh katakan, kalau anda peminat teknologi, penggemar fotografi, atau pengguna tegar Google, ini peluang terbaik untuk jadi antara yang terawal memiliki Google Pixel 10 di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang pra-tempahan, boleh layari laman rasmi CelcomDigi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jualan Produk Tempatan Melonjak Dengan Sokongan #JomLokal TikTok Shop