in ,

Celcom Sampaikan Bantuan Komunikasi Kepada Barisan Hadapan Perubatan 

Penyediaan alat perhubungan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai bantuan dalam mengendali penularan COVID-19

Sebagai sokongan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengendali penularan pandemik COVID-19, Celcom Axiata Berhad (Celcom) telah menyediakan bantuan perhubungan kepada kakitangan perubatan di hospital-hospital yang menangani kes COVID-19 seluruh negara. 

Celcom menyerahkan 200 kad SIM pascabayar, bagi membantu KKM untuk menghubungi pesakit dalam siasatan (PUI) atau kontak yang berpotensi. Kad SIM tersebut tersedia dengan panggilan suara tanpa had dan data internet 20GB, bagi memudahkan perhubungan melalui panggilan suara dan juga saluran lain seperti SMS atau Whatsapp.

Celcom

Celcom turut menghulurkan bantuan kepada Hospital Sungai Buloh yang merupakan antara hospital paling kritikal dalam mengendali pandemik COVID-19.

Hospital tersebut menerima 40 buah peranti mudah alih dan talian telefon, berserta sebuah unit ‘Cellular on Wheels’, iaitu sebuah infrastruktur mudah alih dalam menambahbaik rangkaian, untuk memastikan keterhubungan yang berterusan di seluruh kawasan hospital tersebut.  

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata “Celcom amat menghargai dan menyokong penuh usaha tanpa henti oleh KKM dan barisan hadapan perubatan dalam mengawal pandemik global COVID-19. 

Celcom

“Memandangkan kini barisan hadapan perubatan perlu menggerakkan kesemua sumber yang dimiliki, termasuk tenaga manusia dan infrastruktur teknikal, sokongan kami diharapkan dapat meringankan usaha mereka serta memperluaskan kaedah untuk mereka berkomunikasi, yang juga penting dalam mengawal dan mengecilkan lengkungan COVID-19 di kalangan rakyat Malaysia,” menurut Idham. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nordiana | 21

AME 2020 Salurkan Kutipan Terkumpul Ke Tabung Bantuan Frontliners COVID-19

Idris Elba | 22

Covid-19: Kes Kematian Ke-27, 159 Positif Baru