in

Cat Farish Kini Temui Kumpulan P.R.Inc

Fenomena kumpulan remaja dari Korea telah menakluk dunia. Korean Pop atau K-Pop , genra muzik yang diketengahkan oleh penghibur-penghibur berkumpulan ini. Tetap elemen R&B dan hip hop menjadi akar kepada muzik mereka dan dimasukkan elemen elektronik dan retro.

Malaysia yang tidak ketinggalan turut bersama demam K-Pop. Peluang ini diambil oleh Cat Farish, seorang artist (bekas anggota Ruffedge/ Ketua Kumpulan The Fabulous Cats), Komposer, Pelakon, Host dan Penerbit untuk mencari sebuah kumpulan yang sehebat kumpulan–kumpulan K-Pop.

Pencarian selama 2 tahun ini tidak disia-siakan kerana Cat Farish menemui sebuah kumpulan di laman web You Tube. Da’Prinz, sebuah kumpulan yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Penemuan ini telah disambut baik oleh kumpulan tersebut dan mereka telah merakamkan single/lagu tema untuk drama ‘Seribu Kali Cinta’ yang disiarkan di Slot Akasia, TV3 October 2010.

P.R.Inc

Cat Farish kemudiannya menukarkan nama kumpulan ini ke P.R.Inc. Mereka yang pada mulanya dianggotai oleh Vin,Aegy, Aye & Apies telah mengalami beberapa masalah hingga Apies meninggalkan kumpulan ini selepas pengambaran klip video single pertama mereka siap.

Pertaruhan single ‘BUKU BARU’ masih menjadi tanda tanya kerana kumpulan ini tidak lengkap. Kehadiran Benny atau Ben telah menyempurnakan kumpulan ini dan sekali lagi Cat Farish menukar nama P.R.Inc kepada yang lebih simple dan senang untuk disebut ke P.O.P.

Setelah merakam single kedua ‘MAIN JAUH JAUH’, P.O.P berjaya menyiapkan sebuah lagu tema untuk drama di TV9,’Diari Suami 9 Bulan’ dan lagu itu bertajuk ‘SIAPA AKU TANPA KAMU’.

Kemahiran Aye menyusun susunan muzik dan penyampaian lirik dan melodi dari teman teman lain juga menambahkan keserasian mereka bekerjasama dibawah arahan Cat Farish yang dibantu oleh Zizie dari The Fabulous Cats.

Aegy adalah salah satu peserta realiti My Star LG musim kedua adalah seorang jurutari yang menyusun semua langkah tarian untuk kumpulan ini. Adakalanya bantuan professional diperlukan dan pihak CPP akan membawa jurutari dari Floor Fever Crew.

Persiapan untuk alum kumpulan ini masih dijalankan dan rangka promosi dimulakan pada awal April 2011. Pihak CPP mengharapkan satu fenomena yang bakal dicetuskan oleh P.O.P,

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Avon Perkenal Ultra Moisture Rich Moisture Seduction Lipstik

Drama Diari Bonda Sempena Hari Ibu