Selepas Apple melancarkan iPhone 17 Series yang menjadi fenomena global, CASETiFY terus melakar langkah dengan memperkenalkan koleksi casing eksklusif yang benar-benar memikat. Kali ini, mereka bukan sekadar tampil dengan rekaan baru, tetapi menghadirkan inovasi perlindungan terbaik, pilihan warna yang lebih bold, serta gaya yang mampu menaikkan personaliti pengguna iPhone 17.
Apa yang menarik, CASETiFY benar-benar mendengar feedback pengguna. Mereka ambil kira setiap keluhan, komen dan cadangan sebelum menghasilkan barisan terbaru ini. Hasilnya, lahirlah Glaze Case baharu dan siri casing yang telah dinaik taraf seperti Bounce Case, Impact Case, dan Impact Clear Case. Semua casing ini dibina bukan sahaja untuk melindungi iPhone 17 anda, tetapi juga untuk melengkapkan gaya hidup moden yang menekankan identiti dan personaliti unik setiap pengguna.
Glaze Case: Koleksi Ikonik Dengan 50 Warna Dan 300 Kombinasi
Glaze Case dengan harga RM359 boleh dianggap sebagai highlight utama dalam koleksi ini. Ia hadir dengan 50 pilihan warna baharu serta lebih daripada 300 kombinasi mix-and-match, menjadikannya casing paling customizable di pasaran ketika ini. Dengan teknologi anti-peel dan cetakan dalaman terkini, warna casing dijamin kekal vivid dan tidak mudah pudar walau digunakan bertahun-tahun.
Bukan sekadar cantik, Glaze Case juga praktikal:
- Perlindungan jatuh sehingga 1.49m (4.9ft).
- Tahan calar dengan lapisan glossy.
- Teknologi Duo-Lock™ bonding untuk elak casing longgar.
- Bezels tinggi melindungi skrin dan kamera.
- Sokongan penuh MagSafe.
Bagi Budiey, Glaze Case ni sesuai untuk mereka yang suka tampil berani, fashionable dan unik, bukan sekadar jadi follower trend.
Bounce Case: Perlindungan Sehebat Armor Tentera
Kalau anda jenis yang kerap menjatuhkan telefon, Bounce Case adalah penyelamat. Dengan harga RM409, ia kini hadir dengan Expanded Bounce Corners dan teknologi TesseLock™ yang memberi perlindungan jatuh sehingga 6.49m (21.3ft).
Lebih menarik, casing ini diuji 7 kali gred ketenteraan. Ia bukan saja tahan lasak, malah serasi dengan pelbagai aksesori hands-free. Bounce Case jelas membuktikan bahawa CASETiFY serius tentang ketahanan produk mereka, menjadikannya pilihan utama untuk pengguna lasak dan outdoor.
Impact Case: Terjual Lebih 15 Juta Unit Global
Impact Case pula adalah model evergreen yang sudah terjual lebih 15 juta unit di seluruh dunia. Dengan harga RM329, versi baharu kali ini dilengkapi dengan EcoShock™ design yang memberi perlindungan jatuh sehingga 2.5m (8.2ft).
Casing ini adalah pilihan paling versatile kerana ia sesuai digunakan oleh pelajar, pekerja pejabat, mahupun creator yang sentiasa bergerak. Minimalis, ringan, tetapi tetap tahan lasak. Tak hairan kalau ia kekal jadi bestseller global.
Impact Clear Case: Minimalis, Crystal Clear Dan Anti-Kuning
Untuk peminat gaya ringkas dan elegan, Impact Clear Case pada harga RM359 memang pilihan tepat. Direka dengan material UV Defender, casing ini tak mudah bertukar warna kuning seperti kebanyakan casing transparent lain.
Walaupun nampak ringkas, perlindungannya bukan calang-calang:
- Tahan jatuh sehingga 2m (6.6ft).
- Disahkan 3x standard ketenteraan.
- Fully MagSafe compatible.
Casing ini membolehkan pengguna menikmati rekaan asli iPhone 17 sambil memastikan telefon tetap selamat.
Ekosistem Aksesori Lengkap Untuk Apple Users
Bukan setakat casing, CASiFY juga memperkenalkan pelbagai aksesori pelengkap seperti tali dan charms, casing untuk Apple Watch Series 11, serta AirPods 3. Dengan ini, pengguna boleh membina satu ekosistem gaya hidup yang selaras — semuanya dari jenama yang sama.
Semua produk boleh didapati melalui casetify.com dan akaun rasmi mereka di @casetify_my. Strategi ini jelas menunjukkan CASiFY mahu dilihat bukan sekadar jenama casing, tetapi brand gaya hidup premium untuk pengguna Apple.
Apa Kata Budiey?
Bagi Budiey, koleksi kali ini jelas membuktikan bagaimana CASETiFY bukan sekadar keluarkan casing untuk iPhone 17, tetapi casing yang melambangkan gaya hidup moden. Mereka berjaya gabungkan perlindungan heavy-duty dengan rekaan unik yang membuatkan pengguna rasa lebih confident, stylish, dan secure.
Kalau anda seorang fashion-forward, Glaze Case dengan 50 warna pasti jadi pilihan. Kalau anda lasak, aktif dan adventurous, Bounce Case adalah pilihan tepat. Untuk mereka yang mahu casing versatile dan terbukti popular, Impact Case kekal sebagai all-rounder terbaik. Sementara itu, Impact Clear Case pula sesuai untuk peminat gaya minimalis yang mahu menonjolkan kecantikan asli iPhone 17.
Budiey yakin koleksi ini akan dapat sambutan hangat di Malaysia kerana pengguna iPhone di sini bukan sekadar nak telefon canggih, tapi juga casing yang tahan lama dan bergaya. Lagi-lagi bila harga iPhone 17 bukan murah, maka melabur dalam casing premium seperti CASiFY adalah pelaburan bijak.
Soalan pentingnya sekarang: anda team Glaze, Bounce, Impact, atau Impact Clear?