in

Cara Untuk Jayakan Project H.E.A.R.T dari Maybank

Sayu hati kecil Budiey apabila melihat gambar-gambar kat bawah ni. Kalau lihat secara zahiriah, secara luarannya, wajah anak-anak ini nampak ceria tanpa gundah, tak ada masalah, bebas bermain di laman rumah, tapi jauh di sudut hati, Tuhan sahaja yang tahu kan… mereka ini sebenarnya hidup serba kedhaifan, tanpa kemudahan seperti kita yang tinggal di bandar.

Sebagai manusia yang ada hati dan perasaan, sikit sebanyak kita akan rasa kasihan dan simpati dengan nasib mereka.

Maybank

Baru-baru ini, Budiey sebenarnya dah terlepas peluang untuk mengikuti satu trip bersama Maybank ke Kampung Chuweh, Gerik untuk melancarkan Projek Helping Every Asian Rise Together atau singkatannya Projek H.E.A.R.T.

Itulah, sekarang ni, Budiey rasa menyesal pun ada sebab tak dapat menghulurkan sokongan kepada projek amal yang dianjurkan oleh Maybank, sebuah kumpulan perbankan paling popular di Asia Tenggara dan juga peneraju perkhidmatan kewangan di Malaysia. Okay tak apa, rasanya, rasa bersalah Budiey itu dah pun Budiey hapuskan dengan menyiarkan artikel tentang projek H.E.A.R.T. ni.

Yelah, jauh di sudut hati, rasa rugi pun ada sebab Budiey kira sudah tiba rasanya untuk Budiey menghulurkan bantuan kepada penduduk Orang Asli terutamanya kanak-kanak yang membesar dalam keadaan serba kekurangan di Kampung Chuweh. Mereka pun nak hidup sempurna macam kita juga.

Maybank

Untuk info pembaca Budiey.com, Projek H.E.A.R.T. – Helping Every Asian Rise Together ni dianjurkan sempena dengan sambutan Deepavali yang diraikan tak berapa hari je lagi.

Perayaan yang dikenali sebagai Festival of Lights ini disambut oleh Maybank untuk memberi sinar bahagia bagi menerangi masyarakat kampung Orang Asli yang memerlukan dengan cahaya mentol solar secara percuma. Sangat simbolik dan Budiey rasa, usaha murni ini patut dicontohi oleh syarikat lain juga. Bukan semua di antara kita yang lahir dalam keadaan sempurna, kan?

Secara zahirnya, usaha ini dah tentu akan dapat membaik-pulih kehidupan di perkampungan Orang Asli ini. Sesuailah dengan perayaan Deepavali yang dianggap sebagai Pesta Cahaya dan diraikan oleh masyarakat Hindu di seluruh dunia. Cahaya ini dianggap lambang kemenangan kebaikan ke atas kejahatan apabila cahaya menerangi kegelapan.

Maybank

Secara faktanya pula, Kampung Chuweh, perkampungan Orang Asli di tepi Tasik Banding Gerik, Perak menjadi komuniti pertama yang menerima mentol solar ini. Selepas dipasang di setiap rumah, Budiey kira ia sikit sebanyak akan membolehkan penduduk kampung untuk melakukan kerja-kerja rutin di malam hari. Kanak-kanak juga pastinya gembira sebab dapat membaca buku pada waktu malam.

Seperti mana kata seorang penduduk:

“Dengan adanya lampu solar macam ni, kami merasa lebih selamat dan lebih banyak urusan dapat dilakukan seperti menjahit dan membaiki pukat. Anak-anak kami juga boleh berlatih membaca pada waktu malam. Ia juga lebih murah kerana minyak tanah yang kami gunakan sebagai sumber menyalakan lampu adalah sangat mahal. Mentol solar ini sudah pastinya akan membawa perubahan kepada keluarga saya.”

Sebenarnya, mengikut perangkaan, penduduk kampung ini bukan satu-satunya yang kurang bernasib baik, malah di seluruh dunia, terdapat nisbah 1 dalam 4 orang penduduk dunia tidak mendapat kemudahan elektrik yang sempurna. Di zaman sains dan teknologi yang pesat membangun ini, Budiey rasa, sudah tiba masanya mereka mendapatkan nikmat hidup yang lebih selesa dan lebih moden. Jadi, ini akan memberi kesan positif kepada hidup mereka untuk lebih produktif dan kesihatan mereka juga terjamin.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Maybank yang juga peneraju Projek H.E.A.R.T., Mohamed Adam Wee:

“Kami ingin memberi ‘cahaya’ ke dalam kehidupan penduduk Kampung Chuweh dan harapan kami agar hasil daripada inisiatif yang mudah ini akan membawa masa depan yang lebih cerah untuk seluruh masyarakat di sini. Sejak 50 tahun ditubuhkan pengasas Maybank menginginkan Institusi kewangan ini menjadi pemangkin utama dalam pembangunan ekonomi dan sosial, menabur bakti untuk masyarakat adalah menjadi sebahagian darpada nilai dan tunggak utama Maybank alam melangkah ke hadapan, sejajar dengan misi Humanizing Financial Services Across Asia.”

Maybank

Semoga Projek H.E.A.R.T yang pertama ini dapat diperluaskan di seluruh Asia dan dapat membantu lebih ramai penduduk yang memerlukan.

Melalui Projek ini juga, isi rumah dalam komuniti yang disasarkan dapat menjimatkan sebanyak 20-30 peratus daripada pendapatan mereka, di samping menjalani kehidupan yang lebih sihat, selamat dan produktif.

Perancangan juga sedang giat dirangka agar mentol solar ini juga dapat diedarkan kepada komuniti lain di Sabah dan Sarawak serta di Filipina untuk perayaan Krismas akan datang.

Anda juga boleh membantu menjayakan Projek H.E.A.R.T ini. Ya, anda semua dialu-alukan untuk menghulurkan bantuan. Sangat mudah. Begini caranya:

maybank

Sila layari www.maybankprojectheart.com dan klik butang untuk kongsi. Kita boleh share di Facebook, Tweet dan Googleshare. Setiap kali kita share pastikan kita letak hashtag #projectheart.

Kalau tidak kita, siapa lagi nak sokong #projectheart ni. Jom bertindak sekarang untuk masa depan masyarakat yang terbilang dan gemilang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Listening To Music While You Study Makes You Smarter

Peraduan Menang Tiket VIP Anugerah Skrin 2013