in

Cara Mudah Shopping di GEMFIVE Yang Menjimatkan

Sekarang ni, nak beli apa-apa dah senang dah sebab boleh beli secara online je. Termasuklah nak beli barangan runcit atau keperluan sekali pun. Haa, dah boleh beli secara dalam talian. Pilih je mana satu barang yang kita nak tu, kemudian tunggu je, barang tu akan sampai kat depan pintu. Mudah, cepat dan menjimatkan.

Satu perkara yang Budiey suka ialah, kita tak perlu nak bazirkan masa untuk ke kedai untuk beli barang. Jimat masa, jimat petrol dan jimat tenaga, betul tak?

Terbaru, Budiey dah obses pulak dengan bershopping di GEMFIVE yang mana satu platform membeli belah atas talian terbaru. Budiey perhatikan, sekarang ini dah ramai yang mula yakin dengan shopping atas talian seperti GEMFIVE ni.

Gemfive

Mungkin sebab kita dah ada gajet yang canggih dan internet pun makin laju. Selain perkhidmatan penghantaran yang makin laju berdesum, beli hari ni, esok dah sampai, kita pun boleh bayar dalam pelbagai cara. Semua ini ada pada GEMFIVE yang mana Budiey fikir ianya sangat selesa. Ya, sesuai dengan slogan GEMFIVE iaitu Every Find A Gem… keselesaan dan kepuasan akan dapat kita rasai sepanjang berurusan membeli belah di GEMFIVE.

Menariknya di GEMFIVE ni, selain macam-macam produk ada dijual dengan pelbagai kategori – fesyen, elektronik, kecantikan dan kesihatan, gaya dan kehidupan, serta ibu dan anak, portal ini juga menawarkan pelbagai tawaran eksklusif mengikut musim.

Budiey lihat dalam portal shopping GEMFIVE ni begitu menyokong jenama tempatan dan peniaga baru yang baru nak meningkat naik. Platform ini secara efektifnya membantu peniaga, tidak kira kecil atau besar, tempatan dan luar negara dalam meningkatkan jumlah belian serta melopori segmen pasaran baharu. Menerusi kerjasama erat dengan pelbagai pemilik jenama, GEMFIVE berjaya membawa masuk jenama-jenama eksklusif yang belum pernah menembusi pasaran di rantau ini.

Gemfive

Antara jenama fesyen yang ditawarkan secara eksklusif di GEMFIVE termasuk jenama pakaian moden Sakun dan Beyond Closet yang begitu popular di kalangan selebriti K-pop. Manakala jenama fesyen antarabangsa lain yang turut diperkenalkan termasuk Stella & Jamie (USA) dengan gaya ala gadis Los Angeles, 5Preview (Sweden), dengan gaya Scandinavia, jeans Neuw Denim (Australia, AKAN DATANG) dan DA+PP (Thailand) yang pastinya memikat pengemar fesyen hipster. Bagi mereka yang gemarkan fesyen terkini serba pantas, Cheap Monday (Sweden, AKAN DATANG) label premium di bawah Kumpulan H&M, Almatrichi dari Sepanyol dan Pomelo (Thailand) yang menawarkan inspirasi fesyen gaya Korea merupakan pilihan terbaik.

Kategori Kecantikan dan Kesihatan menampilkan jenama popular antaranya Annick Goutal, Laura Mercier & Caudalie by Ken’s Apothecary, Dr. Ko, Tony Moly, Crabtree & Evelyn dan L’Occitane. Pelbagai produk kediaman berkualiti turut dibawakan secara eksklusif oleh GEMFIVE. Pelanggan kini boleh membeli-belah jenama terkemuka antaranya Kare dari Jerman, Tefal, Elba, Samsung, Roichen, Noritake dan Maxwell & Williams.

Kategori Ibu dan Anak menawarkan pelbagai produk penjagaan ibu dan bayi selain peralatan mainan intelektual. Antara jenama terkenal yang ditawarkan termasuk Philips Avent, Tommee Tippee, Maxi Cosi, LeapFrog dan Quinny. Manakala jenama seperti Oppo, Xiaomi, Bang & Olufsen, Bose, Lenovo, Samsung, Apple dan banyak lagi menanti mereka yang menggemari produk Elektronik.

GEMFIVE juga menyokong kuat jenama tempatan antaranya Frankitas, Dipped Row, Comoddity, Sydonie, Christy Ng, Aisha Wong Couture, Cassey Gan, Binqareem, Kin by Nik dan banyak lagi.

Apa yang penting, GEMFIVE membantu pelanggan untuk mencari produk asli selain jenama terkenal termasuklah jenama yang baru dan susah didapati di pasaran. Sebagai pengguna yang bijak, kita kenalah pilih barangan yang bermutu tapi dijual dalam harga yang berpatutan. Jadi, setiap kali masuk melayari GEMFIVE, kita akan berjumpa dengan barangan yang sangat ‘rare’ dan disahkan terbaik mutunya.

Gemfive

Dah teruja nak beli belah? Anda boleh bermula shopping di GEMFIVE dari 23 September hingga 27 September sebab ada pre-MYCYBERSALE ‘Special’!

Dapatkan potongan harga RM50 dengan pembelian minimum RM150. Guna kod ini: G5MCS50 semasa checkout.

Dapatkan potongan harga RM100 dengan pembelian minimum RM350. Guna kod ini: G5MCS100 semasa checkout.

Dapatkan potongan harga RM150 dengan pembelian minimum RM550. Guna kod ini: G5MCS150 semasa checkout.

*Setiap kod adalah sah untuk 1 penggunaan setiap pelanggan. Pengguna perlu mendaftar dan log masuk untuk menggunakan kod. Kod are not stackable.

Promo terbaru yang menjimatkan wang saku kita yang sekarang ini sedang giat dijalankan ialah #MYCYBERSALE di mana GEMFIVE memberikan kita potongan harga sampai ke lantai iaitu sebanyak 90% untuk pembelian dan tambah jimat lagi sehingga RM300 untuk anda yang membeli dengan menggunakan kod baucar istimewa . Tawaran dan promosi hebat ini bermula dari 28 September hingga 2 Oktober. Klik lah sini: http://www.gemfive.com.my/mycybersale

Selain tu, anda akan dapat membeli barangan keperluan harian dengan hanya RM1 sahaja tapi dengan syarat kena shopping minimum RM150. Budiey pun apa lagi la, bila tahu ada tawaran macam ni, mestilah nak cuba sebab dapat beli barang dengan hanya RM1 je. Mana nak dapat tu. Produk pilihan yang diberikan dari jenama Maggi, Nescafe dan Nestum.

Dapatkan potongan harga RM50 dengan pembelian minimum RM150. Guna kod ini: G5MCS50 semasa checkout.

Dapatkan potongan harga RM100 dengan pembelian minimum RM350. Guna kod ini: G5MCS100 semasa checkout.

Dapatkan potongan harga RM150 dengan pembelian minimum RM550. Guna kod ini: G5MCS150 semasa checkout.

Dapatkan potongan harga RM300 dengan pembelian minimum RM1,500. Guna kod ini: G5MCS300 semasa checkout.

*Setiap kod adalah sah untuk 1 penggunaan setiap pelanggan. Pengguna perlu mendaftar dan log masuk untuk menggunakan kod. Kod are not stackable.

Budiey pun apa lagi la, bila tahu ada tawaran macam ni, mestilah nak cuba sebab dapat beli barang dengan harga yang sangat murah. Mana nak dapat tu dapat potongan harga 90%.

Terdetik untuk mencuba, Budiey pun buat pertama kali membeli belah di GEMFIVE. Kali ini, Budiey nak beli barangan keperluan seperti kemeja, shaver, bedsheet dan kuali. Fuh, banyak tu. Yang penting, bila dah beli barangan ni, kita tak perlu lagi nak usung semua masuk troli sebab semua barang ni akan sampai di depan pintu.

Apa yang penting, kita sign up la dulu. Nak senang guna Facebook je.

Kemudian cari barang yang kita nak tu, dan terus letak dalam chart shopping.

Gemfive

Cukup mudah nak pilih dan sebab interface portal GEMFIVE sangat mudah dan ringkas. Tidak banyak nak pening-pening kepala. Lagi pun, segala maklumat produk yang ada memang jelas tertera dengan cukup lengkap. Jadi, kita tak perlu lagi nak bertanyakan kepada GEMFIVE.

Gemfive

Apa yang membuatkan Budiey obses dengan GEMFIVE ialah gambar yang disertakan juga cantik dan membuatkan Budiey rasa terliur nak beli. Contohnya, apabila melihat kemeja jenama Commodity berwarna biru ni… Fuhhh terus Budiey pick, kena rembat sebab nampak lawa. Tak sabar pulak nak pakai rasanya. Agak-agak pergi event ni mesti ramai yang berkenan ni.

Kemudian buat pembayaran. Jangan lupa kita kena pastikan alamat rumah kita tu betul.

Untuk lebih jelas tentang promosi ini, boleh layari dan klik SINI

Ingat ya, tawaran dan promosi hebat ini bermula dari 28 September hingga 2 Oktober. Jadi tunggu apa lagi kawan-kawan sekalian! Lekas shopping!

Selami gaya hidup terkini, beli-belah secara atas talian di portal kelahiran tempatan, www.gemfive.com hari ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie AKU BUKAN DIA Lakonan Rusdi Ramli

Lagu Tema Filem SPECTRE WRITING’S ON THE WALL Sam Smith Dapat Sambutan