in

Cara Mudah Menang Dalam Where’s Avatar? Spot, Count & Win Contest

Dalam banyak-banyak peraduan yang jadi trending sekarang ini ialah Where’s Avatar? Spot, Count & Win Contest yang dianjurkan oleh RHB. Ini kerana, peluang untuk anda menang wang tunai yang cukup lumayan sangat mudah. Yang rasa nak menang wang tunai sehingga RM10,000, kena baca entry ni sampai habis. Budiey akan cuba ceritakan seringkas yang mungkin supaya korang semua mudah faham tentang contest ni.

Budiey juga dah tak sabar nak join peraduan ini. Alang-alang dah buat pembayaran bil dan guna RHB Now secara online ni… kan… terus je join peraduan. Tak sampai 5 minit pun!

 Photo Screen Shot 2015-10-01 At 9.54.43 Am.jpg
Where’s Avatar? Spot, Count & Win Contest ini berlangsung dari 7 September 2015 hingga 29 November 2015.

Caranya mudah sahaja iaitu anda perlu melakukan transaksi secara online di RHB Now. Satu transaksi yang dibuat, akan melayakkan anda menyertai peraduan ini. Ini bermakna, lagi banyak transaksi dibuat secara online, maka banyak lagi peluang untuk anda menang!

Jadi, macamana caranya mudah untuk menang?

Langkah Pertama:
Okay, anda perlu melakukan transaksi paling minima iaitu RM30 ke atas dengan melakukan transaksi seperti:

1. Pembayaran bil melalui BillPay kepada billers (Open & Favourite) tidak termasuk JomPAY, atau
2. Servis PraBayar (Open & Favourite) – IDD/STD, Internet Reload, Mobile Reload; or
3. Penghantaran wang melalui PayPal (Open & Favourite); atau
4. Foreign Telegraphic Transfer (FTT).

 Photo Screen Shot 2015-10-01 At 9.54.54 Am.jpg

Anda juga akan mendapat bonus dengan:
1. Mendaftar di RHB Now Internet Banking; atau
2. Muat turun & login di aplikasi RHB Now Mobile Banking; atau
3. Maintain sekurang-kurangnya sekali e-Statement di RHB Now.

Langkah Kedua:
Dengan menggunakan nombor rujukan transaksi yang sah, anda dah boleh mulakan permainan!

Langkah 2.1:
Klik “Start” untuk menyertai dan bermain dalam permainan “Where’s Avatar? Spot, Count & Win Contest”

 Photo Screen Shot 2015-10-01 At 9.54.58 Am.jpg

Langkah 2.2:
Spot dan kira avatar yang tersembunyi di dalam gambar yang dipamerkan kemudian isikan jawapan yang betul dan tepat.

 Photo Screen Shot 2015-10-01 At 9.55.04 Am.jpg

Langkah 2.3:
Klik “Next” dan penuhkan details tentang diri anda tu dengan menjawab satu soalan mudah dengan betul dan jangan lupa untuk baca dan ketahui “Contestant Privacy Notice”.

Langkah 2.4:
Setelah segalanya selesai, klik “Submit” untuk sempurnakan penghantaran.

Langkah 3:
Setiap kali anda berjaya melakukan traksaksi, anda layak untuk menang dalam peraduan ini.

Jadi, apa tunggu lagi, Budiey dah pun sign up RHB Now dan terus buat transaksi. Sangat mudah dan cepat. Tak payah lagi nak beratur di kaunter pembayaran bil semata-mata nak bayar bil.

Paling penting, kita dah boleh download aplikasi RHB Now Mobile Banking di telefon bimbit dan di segala gajet yang kita ada untuk buat transaksi. Ingat, lebih banyak transaksi, lagi banyaklah peluang dan entri kita untuk menang!

Info boleh didapati di laman web berikut. Klik SINI!

Selamat mencuba! Good luck guys!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kem Motivasi Kongsi Tips & Strategi Belajar

G-Dragon Buka Kafe The Monstant di Pulau Jeju