in , ,

Caprice Tidak Disiasat, Polis Nasihatkan Orang Awam Jangan Sebar Fitnah & Aib

Spekulasi yang tersebar di Twitter tentang Caprice disoalsiasat oleh polis adalah tidak benar sama sekali. Jadi, korang jangan duk mandai-mandai buat cerita okay! Bang Bang Bang!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang awam agar tidak terus mensensasikan isu penyanyi rap Caprice membabitkan personaliti dakwah, Ustaz Ebit Lew, susulan kekecohan yang ditimbulkan. 

Bagaimanapun Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, sehingga kini tidak menerima sebarang laporan mengenainya. 

“Tiada kertas siasatan dibuka mengenai perkara ini. Walau bagaimanapun orang awam dinasihatkan untuk tidak menyebar atau membuat kenyataan berbaur fitnah atau mengaibkan seseorang kerana ia merupakan satu kesalahan. 

“Ia boleh disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan,”

– Datuk Seri Abd Jalil Hassan

Bukan itu sahaja, siasatan juga boleh dibuat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam serta Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. 

“Justeru itu, orang ramai dinasihati agar tidak mensensasikan isu ini dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika mendapati wujud pelanggaran undang-undang sebagaimana yang dinyatakan,”

– Datuk Seri Abd Jalil Hassan

Isu membabitkan Caprice dan Ebit mula timbul selepas penyanyi itu menegur Ustaz Ebit berhubung misi pendakwah tersebut di Gaza, Palestin. Lebih mengeruhkan keadaan apabila Caprice berkongsi mesej yang dihantar di aplikasi WhatsApp secara terbuka di Instagram pada Jumaat lalu. 

Bagaimanapun Caprice akhirnya tampil memohon maaf kepada Ebit dan beberapa pemimpin lain pada Isnin. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Farah Diana Bersyukur Sudah Tamat Kuarantin Setelah Ada Ahli Keluarga Positif Covid-19

Energi Berbeza Suntik Aura Luar Biasa Dalam Adunan Semula ORANG LAIN