in ,

Caprice Mahu Buat Pendedahan Keadaan Sebenar di Gaza Dalam Masa Terdekat

Sedia maklum, Caprice telah melaksanakan misi kemanusian ke Gaza dan Mesir bermula pada 23 Jun 2021. Dan di sana, Caprice telah didedahkan dengan pelbagai kejadian dan rahsia yang berlaku di depan mata dan ini tidak diketahui oleh rakyat Malaysia.

Terbaharu, Caprice dikhabarkan mahu membuat pendedahan keadaan sebenar dan apa yang berlaku dengan misi di Gaza dalam masa terdekat. Hal itu diberitahu Caprice menerusi Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Caprice turut mengatakan beliau meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan bersedia untuk ‘mengadaikan’ nyawa demi menceritakan hal sebenar.

Caprice yang masih berada di Gaza membuatkan orang ramai berasa bimbang akan keselamatan dirinya. Malah, rata-rata netizen berharap Caprice akan dilindungi dan pulang dengan selamat.

Bukan itu sahaja, Caprice yang membalas komen netizen turut mengatakan bahawa beliau harus berkongsi perkara sebenar dari Gaza kerana beliau rasa tidak akan dapat pulang. Sama-sama kita nantikan pendedahan Caprice tidak lama lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YouTube Shorts Kini Sudah Tiba di Malaysia! Nikmat Pengalaman Video Pendek di Youtube

Ifa Raziah Tak Menyesal Tolak Sinovac, Ini Yang Dia Sanggup Buat Untuk Dapatkan Pfizer