in ,

Campur2 oleh Tanamera Membenarkan Pelanggan Pilih Minyak Pati Sendiri

Campur2 oleh Tanamera membenarkan pelanggan memilih scrub, minyak urut dan minyak pati mereka sendiri. * Untuk masa yang terhad, Tanamera bekerjasama dengan hétam untuk pilihan minuman istimewa

Dengan semangat keharmonian dan kebersamaan kaum menjelang Hari Merdeka, Tanamera telah menghasilkan pengalaman kecantikan deria unik yang digelar sebagai Campur2 oleh Tanamera, di mana pelanggan dialu-alukan untuk memilih scrub, minyak urut dan minyak pati mereka sendiri yang dihasilkan daripada bahan tropika semula jadi dan mentah. Pengalaman Campur2 oleh Tanamera boleh didapati di semua butik Tanamera. 

Tanamera dan hétam bekerjasama menghasilkan minuman istimewa buat pelanggan mereka untuk masa yang terhad – tersedia dari 6 sehingga 7 Ogos 2022 sahaja di kafe hétam di Bangsar, Kuala Lumpur. 

Kerjasama ini bertujuan untuk saling melengkapi pengalaman deria pelanggan di mana mereka dapat menyelami sepenuhnya konsep Campur2 oleh Tanamera melalui tiga daripada lima deria: sentuhan, bau, dan rasa apabila menikmati minuman istimewa oleh hétam.

Campur2 oleh Tanamera Membenarkan Pelanggan Memilih Minyak Pati Mereka Sendiri

Campur2 oleh Tanamera dihasilkan untuk mendidik pelanggan tentang kebaikan setiap bahan yang dicampur untuk membuat scrub, minyak urut dan minyak pati. Pelanggan akan dapat menyentuh tekstur dan menghidu bahan sebelum membelinya. 

Melalui pengalaman deria ini, pelanggan dapat mengabungkan bahan yang sesuai untuk jenis kulit mereka dalam mengoptimumkan rutin penjagaan kulit mereka. 

“Pengalaman eksklusif buatan-khas yang terbaharu oleh Campur2 oleh Tanamera, membolehkan kami membantu mengubah kehidupan orang ramai melalui produk dan pengalaman kami yang memberikan hasil praktikal,” kataFaridah Ahmad Fadzil, pengasas bersama Tanamera. 

“Walaupun terdapat banyak produk dan inovasi baharu di pasaran, pelanggan tidak dapat mencari penjagaan kulit sesuai yang semulajadi dan serasi untuk keperluan kulit mereka. Melalui Campur2 oleh Tanamera, pelanggan boleh mencampurkan ramuan yang sesuai dan mengoptimumkan rutin penjagaan kulit mereka,” tambah beliau. 

Pada dasarnya, konsep Campur2 oleh Tanamera direka untuk menawarkan pelanggan pengalaman deria dalam memahami, merasai dan menjaga kulit mereka. Untuk membantu pelanggan mencari ramuan terbaik untuk jenis kulit mereka, mereka akan dibimbing oleh wakil Tanamera tentang faedah dan penggunaan setiap bahan bersama-sama dengan cadangan yang diperibadikan di mana-mana cawangan Tanamera.

Pelanggan akan mendapat akses kepada pelbagai jenis bahan berkualiti tinggi dan semula jadi serta campuran minyak termasuk Teh Hijau, Kopi Hijau, Bunga Raya, Halia, Arang Buluh, Lidah Buaya, Eucalyptus, Pudina, Lavender, Melur, Mawar dan Ylang-ylang.

Bagi mereka yang berminat untuk ‘Campur2’, ini adalah peluang anda untuk merebut promosi istimewa: 115gm scrub badan (uncang), 100ml minyak urut, dan 10ml minyak pati; semua hanya RM39 sahaja (selagi stok masih ada). Selain pengalaman Campur2, Tanamera juga baru sahaja melancarkan dua produk krim tangan dan kaki baharu yang dikenali sebagai Rose Nourishing Cream dan Energising Nourishing Cream; sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering. 

Kerjasama Masa Terhad antara Tanamera dan hétam

Sementara itu, mereka yang kebetulan berada di Bangsar tidak harus melepaskan peluang singgah di kafe hétam untuk mengambil baucar istimewa Tanamera dan menikmati minuman edisi terhad iaitu tsubaki houjicha dengan rose yang dihasilkan istimewa sempena kolaborasi hétam x Tanamera – hanya tersedia pada 6 dan 7 Ogos 2022.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HONOR 70 Telefon Pertama Menggunakan Kamera Penderiaan Super IMX800

Ejen Ali Musim 3 Bahagian Dua Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Disember Ini