in , ,

Calaqisya Lancarkan Koleksi Istimewa Bersama DISNEY RAYA AND THE LAST DRAGON

Kolaborasi unik mengetengahkan nilai kepercayaan dan semangat kepahlawanan wanita

CalaQisya, jenama busana santun pilihan telah berkolaborasi dengan Kumpulan Walt Disney menerusi pelancaran rangkaian fesyen berlatar belakangkan filem terbaru, Raya And The Last Dragon. Filem Disney yang memaparkan kembara seorang puteri Asia bernama Raya mula dipertontonkan di layar perak pada Mac 2021.

Meraih peluang bekerjasama dengan jenama antarabangsa seperti Disney pastinya sesuatu yang amat diidamkan ramai jenama lokal dan apabila CalaQisya berjaya melakukannya, ia adalah pencapaian yang cukup membanggakan.

Yana Khairudin, Ketua Pegawai Eksekutif CalaQisya berkata, Disney sudah menjadi sebahagian daripada zaman kanak-kanak CalaQisya. “Walaupun sudah meningkat dewasa, kami masih menonton filem Disney untuk menggembirakan hati terutama selepas menempuhi hari yang panjang. Tidak keterlaluan jika kami katakan, kerjasama dengan Disney ini adalah piala kemenangan terunggul dalam sejarah CalaQisya yang akan sentiasa kami julang sepanjang hayat,” katanya.

Calaqisya Lancarkan Koleksi Istimewa Bersama DISNEY RAYA AND THE LAST DRAGON

KOLEKSI TERISTIMEWA

Untuk kolaborasi CalaQisya x Raya and The Last Dragon ini, koleksi kaftan hadir dalam 5 cetakan warna yang berlatar belakangkan pemandangan yang dipaparkan dalam filem berkenaan. Selain itu, 4 warna selendang bercetak juga getah rambut (scrunchies) turut ditawarkan malah dimuatkan dalam bungkusan eksklusif CalaQisya x Disney.

Calaqisya Lancarkan Koleksi Istimewa Bersama DISNEY RAYA AND THE LAST DRAGON

Harga setiap kaftan yang mesra ibu menyusu dan dilengkapi dengan lining adalah RM289, manakala selendang edisi terhad ini dijual pada harga RM159 dan harga getah rambut, RM19.

“Cetakan yang kami pilih cukup lembut dan hanya bila dilihat dengan teliti, anda akan nampak latar belakang yang ada dalam Raya and The Last Dragon. Sama seperti bila menonton filemnya, anda bakal diselimuti dengan perincian halus yang cukup akrab dengan kehidupan di Asia Tenggara.

“Akhirnya, kita ada seorang puteri Disney yang mewakili ‘orang kita’, itu saja sudah memadai untuk mengeluarkan koleksi yang bertemakan Raya and The Last Dragon. Dan, bila kami tahu yang penulis skrip adalah orang Malaysia, memang tiada alasan untuk tidak meneruskan impian kolaborasi ini”, tambah Yana.

Calaqisya Lancarkan Koleksi Istimewa Bersama DISNEY RAYA AND THE LAST DRAGON

MENGAPA RAYA?

Bayangkan, seorang puteri yang mewakili 680 juta populasi di Asia Tenggara. Raya and The Last Dragon adalah filem Disney yang amat dinantikan CalaQisya. “Kami tahu ia akan dekat dengan hati bila Disney mahu memperkenalkan seorang puteri Asia Tenggara dalam francais Disney Princess. Sudah tentu kami mahu menjadikannya francais pertama kami bersama Disney,” kata Yana.

Filem ini berkisar kembara seorang pahlawanita yang merentasi lokasi mistikal Kumandra untuk mencari naga bongsu dunia. Ia mengetengahkan nilai kepercayaan sebagai aspek penting untuk membawa keharmonian kepada dunia.

Calaqisya Lancarkan Koleksi Istimewa Bersama DISNEY RAYA AND THE LAST DRAGON

“CalaQisya memegang kepada kepercayaan yang membawa kebenaran dan ianya nilai yang semakin pudar dalam dunia hari ini. Daripada sudut pandangan fesyen, kami melihat kepercayaan antara sebuah jenama dan pelanggannya cukup mustahak kerana pakaian menjadi penentu gaya seseorang, setiap hari. Pelanggan yang kami gelarkan sebagai CalaQueens meletakkan kepercayaan mereka pada kami untuk mengeluarkan pakaian yang berkualiti.

“Menerusi kepercayaan itu, kami membina hubungan akrab dengan setiap CalaQueens di mana kami mahu memastikan mereka sentiasa berpenampilan hebat terutama pada momen teristimewa dalam hidup mereka seperti temuduga kerja yang pertama, ulang tahun kelahiran, malah pada hari perkahwinannya,” kata Yana.

Koleksi istimewa CalaQisya x Disney Raya and The Last Dragon ini bakal berada di pasaran pada hari Khamis, 11 Mac 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai CalaQisya dan koleksi terbaharu ini, sila layari laman web kami di www.calaqisya.com atau laman media sosial Instagram @calaqisya. 

TENTANG CALAQISYA

Ditubuhkan oleh tiga beradik; Yana Khairuddin, Farah Khairuddin, Azrina Khairuddin bermula di sebuah bilik kecil di UTM Johor. Yana menulis blog sebagai hobi sampingan sambil mengambil Ijazah Sarjana dalam bidang Industri Kimia. Walaupun dilabel sebagai ulat buku, Yana juga terkenal dengan gaya fesyennya yang merupakan inspirasi baginya untuk menulis di halaman blog. Setelah menerima permintaan dari rakan-rakan pembaca dan rakan-rakannya untuk benar-benar menjual apa yang digaya Yana, dia telah mendapati bahawa dia dapat membuat sesuatu yang unik dari permintaan pembaca dan rakan-rakanya ini. Mengajak dua adik beradiknya yang lain, mereka memulakan perjalanan bersama untuk menubuhkan CalaQisya dimana pada ketika itu, penubuhan jenama tempatan adalah satu perkara yang luar biasa. Anda boleh memanggil kami CalaQisya sebagai salah satu pelopor jenama tempatan yang mengakibatkan pelanggan setia dan mendapat pasaran yang cukup besar dalam industri ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yonniboii, Raisa, Yonnyboii, Matthaios & SPRITE Jayakan Lagu OST Filem RAYA AND THE LAST DRAGON

Betul Ke Perkahwinan Hannah Delisha & Imam Shah Tak Direstui, Puisi Ibu Undang Tanda Tanya