in ,

Cakra Khan Lancar Album Setelah Kau Tiada

Pada jam 2 petang hari ini, Budiey menghadiri Pelancaran Album Cakra Khan – Setelah Kau Tiada di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur anjuran Rusa Music & My Music Label & Management.

Sebelum melancarkan album petang tadi, Cakra Khan telah mempersembahkan lima buah lagu yang dimuatkan dalam album ini disaksikan oleh para media, peminat fab jemputan khas.

Setelah kejayaan Harus Terpisah, Cakra Khan atau nama penuhnya Cakra Konta Paryaman kembali dengan album terbaru yang mengandungi 10 buah lagu dan antaranya Setelah Kau Tiada, Mudah Jatuh Cinta, Mengingati Dia, Tak Kembali Di Mana Hatimu, Tak Bisa Lepas, Thanks To You, Cintamu Bukan Untukmu, Siapa Yang Pantas dan Harus Terpisah.

Cakra Khan

“Semua yang saya raih ini adalah berkat dari Allah SWT. Saya tak pernah lupa bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang teleh menyokong saya termasuklah My Music team dan kuga ibu saya yang selalu memdoakan saya.” – Cakra Khan.

Dengan pembikinannya dalam industri muzik selama tiga tahun, nama Cakra Khan mula melonjak naik apabila menerima pelbagai anugerah di antaranya Penyanyi Solo Pria Terbaik 100%, Ampuh Awarfd Golden TV 2013, Selebriti Paling Bersinar Infotainment Awards SCTV 2013, Pendatang Baru Paling Ngetop SCTV Music Awards, Penyanyi Baru Terbaik Indonesian Kids Choice Awards, Pendatang Baru Terbaik AMI Awards 2013 dan beberapa anugerah yang lain.

Album Cakra Khan ini juga mula dipasarkan di Malaysia pada awal Mei ini di bawah label Rusa Music di Malaysia. Lagu single kedua Cakra Khan iaitu Setelah Kau Tiada mendapat sambutan yang amat baik di kalangan peminat dan penggemar muzik di Malaysia.

Budiey dikhabarkan Cakra Khan telah berada di Malaysia sejak 4 Mei yang lalu dan sibuk dengan jadual padat untuk mempromosikan album di radio dan TV, sesi photo shoot dan jemputan persembahan. Beliau akan pulang ke Indonesia pada 10 Mei 2014.

Bakat nyanyian Cakra Khan dicungkil semasa beliau menuntut di Sekolah Tinggi Muzik di Bandung di mana guru muziknya memberi dorongan untuk beliau menyertai ujibakat mencari bakat baru yang dianjurkan oleh syarikat rakaman My Music. Kemudian, Cakra Khan melonjak populariti apabila merakam single pertama berjudul Harus Terpisah yang mendapat sambutan daripada peminat di Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura.

Untuk info lanjut boleh layari: www.rusamusic.com & www.facebook.com.rusamusic

Cakra Khan

Cakra Khan

Cakra Khan

Cakra Khan

Cakra Khan

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pak Cik Jamal Mini Parlimen Meninggal Dunia

Nora Danish Uniqlo

Uniqlo Pertama di Johor Bakal Dibuka Pertengahan Mei