in

Cafe Akhil Hayy Astro Oasis Dihentikan

PROGRAM Cafe Akhil Hayy yang disiarkan di Astro Oasis saluran 106 dan sudah memasuki musim ketiga tidak akan disambung semula kerana menghadapi kemelut dua isu yang membabitkan dua personaliti, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, pihaknya akan menimbang semula keputusan itu selepas kedua-dua isu yang membabitkan teraju utama program itu, Akhil Hayy dan seorang lagi pelakon selesai.

Di samping itu, pihaknya juga perlu mendapat maklum balas penonton sama ada mahu program itu diteruskan.

“Memang Oasis tidak menghukum Akhil Hayy tetapi memberi laluan kepadanya untuk menyelesaikan semua masalah membabitkan rumah tangganya. Isu kedua membabitkan salah seorang pelakon program itu yang kini sedang menjalani tindakan undang-undang selepas ditangkap pihak berkuasa di atas kesalahan yang dilakukan. Sebaik masalahnya sudah selesai kita akan lihat kembali dan membuat penilaian daripada maklum balas penonton kerana mereka berhak memberi pandangan bagi memastikan saluran Oasis menjadi pilihan ramai,” katanya yang tetap menyiarkan beberapa slot Akhil seperti tazkirah, doa dan zikirullah. 

Menurut Izelan, Oasis adalah saluran berbayar dan pihaknya berhak menerima pandangan penonton sama ada patut diteruskan program itu atau pun diberhentikan.

“Kita harus peka dengan program kita dan reaksi serta maklum balas penonton harus diambil kira. Astro mempunyai unit yang mengendalikan kajian terhadap pandangan penonton dan itu adalah hak mereka. Selama ini Oasis memberi laluan kepada orang yang berada di atas pentas untuk membawa imej Oasis ke jalan kebaikan dan seharusnya mereka kena pandai menjaga nama baik Oasis,” katanya. [sumber]

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. salam…selamat pengantin baru buat pasangan pengantin. bagi pandangan saya itu hak masing masing. tak perlu nak campur adukkan peribadi dengan kerja, profesioanllah. apapun semua perkara sudah jadi. kita pun tak tahu apa yg sebenarnya yg berlaku antara mereka. so jgn menghukum mereka, semoga berbahagia.

  2. Sebagai seorang umat islam sejati dan yg paling utama bila diri kita bergelar ustaz/ustazah amat2 lah pnting menjaga imej diri, dan kita sndri yg perlu mengelakkan diri dr berlaku perkara yg memburukkan nama kita sndr.Pd pndngan saya sikap mereka berdua adalah lebih terarah kpd keburukkan walaupun kita sbnarnya tdk tau apa yg berlaku….tapi alam mereka tidak sama seperti kita bila mana mereka bergelar artis mereka perlu bijak mengatasi segala keburukkan,tetapi apa yg dilihat mereka menjadikan satu contoh yg kurang baik,Dan saya rasa rancangan yg beliau kendalikan perlu diganti dgn seseorang yg lebih peka bersikap profesional serta boleh menjadi ikon masa kini….Astro perlu mencari seseorg yg berperibadi bersih,mmg manusia tdk ada yg sempurna….tetapi jdkan lah insan yg bernama Ustaz Asri sbg contoh

  3. Baguslah. Semoga tindakan ASTRO OASIS ini memberi pengajaran kepada manusia yang lupa diri (dan asal usulnya) seperti Akhil. Padan muka. Dah kena musibah, masih berlagak macam dia tu bagus sangat. Esok lusa dia akan ditinggalkan oleh bini barunya yang gedik tu. Tengoklah….

  4. Salam..Adalah lebih baik ustaz Akil itu berdakwah melalui cara lain kerana pastinya para penonton memberi maklum balas yg sebaliknya.Bermakna kalau dikira dari segi keuntungan..mungkin astro alami kegagalan kerana rating yg turun. Tapi kalau dikira dari segi ilmu…tak salah utk dia menayangkan mukanya di kaca tv jika dakwahnya itu masih memberikan impak positif. Namun seandainya jalan terbaik adalah dgn berhijrah ke arena lain….mungkin itu yang lebih baik untuk ustaz Akil . Bumi Allah luas.Carilah rezeki dgn tak perlu muncul di kaca tv dah….Betul kata pepatah…KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA. Berguru dengan yang tahu bukan dengan yang dungu……….

  5. Sebagai sorang praktikal muslim, saya amat berduka cita dgn apa yg telah berlaku.. Betul kata ana, mereka (artis yg berkenaan) sbg org yg tahu ilmu agama telah memberikan contoh yg kurang elok dan menjadikan Islam itu hodoh dimata yg jahil… Ingatlah golongan munafik sangat dibenci Allah S.W.T… Mmg kita hanya hambaNya, tidak berhak mahu menilai apa sebenarnya yg berlaku.. Tp kenapa harus org yg sepatutnya dipanggil Ustaz itu berkelakuan spt org tidak tahu hukum… Imej Islam tercalar gara2 kamu.. Hggkan tak sempat2 tgg habis bln Ramadhan utk bernikah… Edah si”X” pun blm habis.. Ketahuilah, makruh mendirikan rumahtangga pd bulan Sya’aban.. Waallahhuallam…

  6. Sebagai daie/pendakwah dua perkara utama –

    1) Tiada istilah mengasingkan perkara peribadi dan profesional. Daie bukan pelakon. Daie bukan pekerja. Daie bukan membuat-buat. Daie bukan artis biasa. Daie adalah kerja wajib/tanggungjawab yang akan di tanya ALLAH.

    2) Utama bagi daie bukan hanya dakwah bil-lisan (KATA-KATA) TETAPI dakwah bilhal -(AKHLAK-ACTIONS) itu yang PALING utama.

    3) WAJIB memberi qudwah -CONTOH TERBAIK- itu pesan Syeikh saya di universiti dan menunjukkan IZZAH (Bangga bawa Islam) sebagai DAIE.

    4) Kena beringat sebagai daie AMARAN KERAS Allah.

    ” Wahai Orang Beriman Mengapa Kamu Tidak Lakukan Apa Yang Kamu Katakan Sangat Besarlah KEMURKAAN dan CELAKAlah perkara itu di sisi ALLAH”

    Bukan senang bergelar daie dan menjadi daie atau mengaku daie. Banyak tanggungjawab dan amanah harus dijaga. Banyak hubungan antara manusia dan ALLAH WAJIB dipelihara. Tidak boleh mendekati fitnah wanita etc dan pelbagai lagi.

    Allahua’lam.

  7. Secara jujurnya memang saya akui AH adalah seorang yang mempunyai potensi besar untuk menjadi IKON remaja dan masyarakat urban yang sukar didekati. Methodnya menarik dll tetapi sayangnya, ujian-ujian seorang DAIE tak dapat diatasi dengan baik. Ujian daie yang paling besar dipesan Nabi saw dan Ulama-ulama kita adalah WANITA. WANITA adalah pintu-pintu fitnah. SAMA sahaja samada wanita bertudung, berpurdah dan tidak. Semuanya fitnah (ATTRACTION). Mendekati mereka, mendekati FITNAH. Saya sendiri wanita saya selalu beringat untuk diri dan anak-anak murid saya, jangan menjadi fitnah untuk lelaki. Banyak Hadis saw memberi peringatan. Semoga ALLAH menyelamatkan kita, dan ahli keluarga dan keturunan kita dari tempiasa fitnah, mendekati fitnah dan menjadi fitnah.

    Selamat Menyambut Ramadhan. Hidangan menarik dan bonus-bonus menarik untuk kita hamba hina ini. Allah menunggu kita dengan kasih sayang untuk kita kembali pada-NYA.

    Ramadhan Mubarak!

  8. HENTIKAN CAFE AKIL HAYY!!!USTAZ???BOLEH BLAH LA WEI! BENCI AKU TGK MUKE KAU! TK BERPERASAAN!HATI BINATANG! TK SMPAI 3 BLN EDAH KO DH KAWIN NGAN SI GEDIK TU??BANGANG!BODOH! OTAK KO KT MANE?KT LUTUT?KE BAWAH TAPAK KAKI? PIKIR LA OI! JGN LA KO NAK SIBUK2 WAT CAFE KO YG BODOH TU! NGAN BUDAK PEMPUAN PAKAI KETAT2!KO LAK RAMBUT REBONDING!HARAM MENGUBAH KEJADIAN ALLAH KECUALI PERMINTAAN SUAMI KEPADA ISTERINYA(MENGIKUT SYARA’). KO IKOT NAFSU! NAFSU!NAFSU! PERKAHWINAN YG DULU, KO BOLEH SELAMATKAN KLU KAU BETOL2 NAK! TP KAU TK CUBE! SEOLAH2 KAU SUKE BILE BINI KAU MINTK CERAI!!!!!!TK BALIK 3 BLN????TNPA BERITA????ADEK AKU YG KECIK PON TAU HUKUM LA WEI! AND I HAVE ONE WORD FOR YOU “FAILED”!!!!!!!!!!

  9. Bagaimana Akhil nak berdakwah kalau imejnya masih terbawa-bawa dengan zaman rocknya dulu. Kedua, macam mana orang nak yakin dengan kata-katanya kalau setiap ucapannya berdolak-dalik dan lebih banyak membangkitkan FITNAH daripada membawa kebaikan. Bagaimana Akhil nak jadi pendakwah kalau dirinya sendiripun masih perlu dibersihkan dengan dakwah. Memang kerja yang baik diredhai Allah tetapi niat yang baik seharusnya dipertontonkan dengan perlakuan yang baik supaya tidak menimbulkan wasangka. Akhil memang seorang yang GAGAL…tetapi dia juga seorang yang berjaya dalam hidupnya, iaitu: DIA BERJAYA MENIPU SEMUA ORANG DENGAN LAKONAN BAIKNYA!

  10. astro elok stop je lah rancangan CAH ni. sendiri mesti sempurna klu nak ajar org. takkan nak jd ketam ajar anak dia jalan betul tp sendiri pun tak betul. henti-hentikanlah

  11. betul2… hentikan jer rancangan ni.. Selama ni pun mmg tak ada hati nk tgk… Coz kerana die.. Ceramah2 die selama ni sebenarnye banyk menghina orang.. Lebih kepada berbaur POLITIK…. orang mcm ni tak layak nk menasihati orang lain… Aku pasti kalu astro oasis nk teruskan juga rancagan ni dan waheeda serta akhil terus jadi pengacara….. Erm.. pasti takkan ada orang nk tgk.. percayalah coz jika aku nmpk akhil dlm tv… aku terus tutup.. SEBAB APA.. sebab aku jijik lihat die……

  12. walaupun orang ada yang cakap “selamat pengantin baru” dan memberi komen yang baik tentang dia dengan Waheeda ni, AKU ADA PERASAAN YANG TAK SELESA TENTANG ISU INI SEBENARNYA. Segala kekecohan yang melanda Ustaz Porak Akhil Hayy ni membuat aku kurang senang. walaupun kita cuba untuk berfikr positif tapi isu ini mendatangkan masalah2 yang susah nak digambarkan dengan perkataan. Ada tak sesiapa yang terasa yang perbuatan Akhil Hayy dengan Waheeda ni tak betul dan memalukan orang Islam? ke aku seorang aje yang rasa ada sesuatu yang tak kena?

  13. SALAM RAMADHAN UTK SEMUA!!!!\
    ALHAMDULILLAH SYUKUR KE HADRAT-NYA DAPATLAH KITA MENERUSKAN TUNDUK TAWADOK’ KEPADA YG MAHA ESA…

    ALHAMDULIILAH KPD USTAZ AKILL SELAMAT BERIJAB KABUL…
    SMOGA DPT MEMBINA MAHLIGAI SMA SPT SBLOMNYA MALAH LEBIH BAIK DR SEBLOMNYA…

    KLW BOLEH USTAZ…JADI LA SPT DLU..PERJUANGAN BELOM SLESAI..

    “AKU BUKAN SEPERTI ENGKAU SANGKAKAN…PENUH PURA DIDALAM BERJUANG..AKU TIDAK PANDAI MENYULAM RAHSIA..JUGA TAK PANDAI KU BERMDAH PUJANGGA”

    PETIKAN DR LAGU USTAZ…”IKHLAS dariKU”

    USTAZ RENUNG2KAN LAH…
    HINDARILAH DR DUNIA ARTIS
    KEMBALILAH KPD TUAN GURU
    JADILAH SPT KUMPULAN RABBANI & RAIHAN
    ARTIS JGK TP PENUH PENGHAYATAN…

    USTAZ KEMBALILAH….

  14. salam….kepada pengomen2 sume, xyahla beriya-iya nk kutuk ustaz akhil…..u’l taw ke sape yg b’salah sbenanya??????? aku g suke dia kawen ngan waheeda….padan muka x-wife die….huhuhu ko dh dpt suami yang bagus mcm ustaz, tp ko yang minta cerai..rugi besarlah ko…aku doakan semoga ustaz akhil kekal bahagia ngan waheeda sampai ke syurga…sama2lah kita doakan..amiin..

  15. dulu aku mmg suke tgk cite cafe tu. ader drama dan pegajaran. walaupun ader masa pelakon bukan la sesuai sgt pun. tp ilmiah kan. tmbah ilmu gak skit2. tp skerang. bile pas kes tu. aku jd tawar hati. seolah mcm maner aku nak terima nasihat2 dia, sedangkan dia sndri pun dah xbrape betul. aku rase xpayah la teruskan. aku dan tawar hati nak terima nasihat dia pasni

  16. Selamat Pengantin Baru..moga tabah menghadapinya..kuatkan diri..jadi ustazah sekolah rendah pun banyak cabaran..inikan pulak dunia artis..bak kata D.fazillah kamsah..cipta kebahagiaan bukan cari kebahgiaan..

  17. Eloklah dihentikan terus rancangan Cafe Akhil Hayy tu. Takkan lah kita nak mendengar nasihat dari orang yang berperibadi seperti saudara akhill. Ustaz hipokrit lah tu!!!

  18. Org kampung aku kawin minah Indon pun ada hantaran $5,000.00, itu waheeda lelong-lelong ke? atau kalo ikan kat paso dah busuk dapat la free…. ada lg tak yg mcm ni,

    Aku rasa x da lah.
    PEPATAH Melayu, kalah membeli, menang memakai………
    Ada rupa, ada harga…..

  19. salam kepada semua warga di sini… di sini sy nk menasihati semua yang ada…kite sebagai manusia tak berhak untuk menghukum sesama sendiri…andai akhil hay btol2 bersalah..itu antara die dan allah…kite sendri pun, sebelum nk mengutuk org, pkr diri tu cukup bagus ke? semyg ckup ke, amalan cukup ke…saye x berpihak pada mana2 pihak…tp sy rase tergerak hati utk memberi pendpt, sbb rmai yg sewenang2 nya meluahkan perasaan tanpa berpikir…bila kite mendengar kata2 nasihat drpd org len, jgn meliht kepada org yg menyampaikan..tp melihat kpd ape yg disampaikan..semua org xperfect…masing2 ada kelemahan…msg2 ada mslh…yang penting, kita berdoa menjadi yang lebih baik dr sebelum ini…

  20. aa kata…. knape perlu diamkan hal2 yang begini… dah ramai org meruntuhkan masjid dengan sewenang2 untuk mendapat kepuasan TANPA memikirkan anak2 atau maruah keluarga

  21. Kalau hendak berdakwah , si pendakwah itu perlulah memberi tauladan yang baik, berperibadi baik dan tidak sesekali melakukan perlakuan atau tindakan yang menimbulkan sangkaan buruk.

    Jadi kita di beri akal fikiran yang di kurniakan oleh Allah dan masih waras sewajarnya kita memikirkannya. Tidak di nafikan jika CAH di teruskan maka para penonton semacam tidak dapat menerima nasihat daripada beliau selepas kontroversi-kontroversi rumah tangga beliau. Saya berpendapat seharusnya pihak ASTRO lebih berhati-hati dalam memilih pengacara yang berbentuk keagaamaan. CAH adalah slot berbentuk keagamaan bukannya slot hiburan dan semestinya pengacaranya mestilah bebas dari sebarang skandal.

  22. Saya cadangkan kepada ASTRO AOSIS supaya dihentikan sahaja program Cafe Akhil Hayy ni. Saya bukan berpihak kepada sesiapa, tapi jika dilihat dari pandangan rasional, hati yang lapang dan fikiran yang waras, kita dapat perhatikan satu gelombang kebencian yang membuak sedang melanda kepada pelakon utama program ini, iaitu Akhil Hayy sendiri. Secara logiknya, kita takkan bisa menerima pandangan apatah lagi nasihat dari seseorang yang sudah diragui darjah kebolehpercayaannya, baik dari segi tutur katanya, mahupun perbuatan dan tingkahlakunya.

    Jadi, untuk menjaga hati majoriti pelanggan Astro Oasis dan untuk keuntungan jangka panjang pihak Astro Oasis sendiri, adalah lebih baik agar program ini dihentikan dan digantikan dengan program dan pelakon yang lebih baik, agar ia sejajar dengan nama baik Astro Oasis dalam mengamarahkan penyebaran maklumat yang berkualiti dan berguna kepada semua peringkat umur penonton….. Jazakallah…

  23. metro hari ini..4.12.09..Akhil x layak bgi ceramah kat org sbb dia bukan ustaz pun…padan muka kau…nyah ambik kau..pas ni kau nak keje pe plak..

  24. Setiap pbuatan akan di balas didunia…lebih2 lg mzalimi nafkah anak n isteri pasti tuhan akan mgmbil rezeki kamu scara plahan2…btaubatlah…

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Bersiri Arab Pas Az Baran Sepanjang Ramadan

Quotes of the Day: “Saya Bukan Gay”