in

Butterfingers Lahir Album Kompilasi Kronologikal

[dropcap]S[/dropcap]iapa yang tidak kenal dengan kumpulan BUTTERFINGERS yang dahulunya popular dengan lagu-lagu mereka yang bergenrekan grunge. Sekumpulan pelajar dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah secara rasmi menubuhkan BUTTERFINGERS pada akhir tahun 1993 yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Loque (penulis lagu, pemain gitar), Emmet (vokalis, pemain gitar, dan penulis lirik), Kadak (pemain bass) dan Kalai (pemain drum). Mereka mula mencipta lagu-lagu mereka sendiri dengan harapan untuk menempah nama di persada muzik tanah air.

Kronologikal Butterfingers

[pullquote align=”right”]Butterfingers kini tampil dengan sebuah album kompilasi yang bertajuk kronologikal yang mempamerkan lagu-lagu hebat mereka dalam sejarah muzik Malaysia.[/pullquote]

BUTTERFINGERS kemudian dilihat mudah menjinakkan muzik di dalam diri kerana sering dijemput untuk beberapa persembahan kecil dan gig sehingga membuatkan kebanyakkan tiket persembahan mereka habis dijual dan sehingga kini mereka digelar sebagai ‘the stuff of underground legends’ oleh peminat-peminat tanah air.

Demo tape yang diberi nama “1 goat, 2 apples and 16 oranges” telah menjadi titik permulaan kepada BUTTERFINGERS dimana ia telah menaikkan nama mereka di kalangan peminat muzik ‘underground’ Malaysia pada suatu ketika dahulu. Demo ini menampilkan persembahan dan tenaga mereka yang banyak dipengaruhi oleh era Grunge pada ketika itu yang dipelopori dan diterajui oleh band-band ternama antarabangsa seperti Pearl Jam dan Nirvana. Persembahan mantap yang dibangkitkan oleh BUTTERFINGERS telah menjadikan mereka sebagai salah satu band ‘underground’ Malaysia yang paling dikenali.

Kini, BUTTERFINGERS tampil dengan sebuah album kompilasi yang bertajuk KRONOLOGIKAL yang mempamerkan lagu-lagu hebat mereka di dalam sejarah muzik Malaysia. Album ini memuatkan lagu-lagu hit daripada BUTTERFINGERS seperti ‘The Chemistry (Between Us)’, ‘Epitome’, ‘Mati Hidup Kembali’, ‘Bebas’ dan banyak lagi. Untuk CD satu, ia mengandungi lagu-lagu daripada album 1.2 Miligrams dan Butter Worth Pushful dan juga dua buah lagu versi ‘live’ dari Peristiwa di Batu Keras yang bertajuk ‘Stolen’ dan ‘Faculties of The Minds’. CD dua pula mengemukakan lagu-lagu daripada album Transendence dan Malayneum serta sebuah single ‘rare’ yang bertajuk ‘Inhale’. CD ketiga pula merangkumi lagu-lagu daripada dua album berbahasa Melayu mereka iaitu Selamat Tinggal Dunia dan Kembali.

Harga bagi album ini adalah RM 39.90. Album KRONOLOGIKAL daripada BUTTERFINGERS ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Solo Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik Petronas

Episod Akhir Drama Bunga Merah Punya