in

Bunyi Ketukan Pintu, Siapa Dalangnya?

Bunyi ketukan pintu yang kuat hingga mengejutkan penghuni di sekitar Sabak Bernam, Selangor terus menghantui penduduk di kawasan berkenaan.

Walaupun sudah hampir seminggu kejadian ini tular dan mendapat perhatian ramai pihak, namun sehingga ke hari ini masih ada yang tidak dapat memberikan jawapan siapakah empunya gerangan yang mengetuk pintu rumah mereka.

Difahamkan, penduduk semakin bimbang kerana gangguan terus merebak daripada beberapa kampung ke kawasan perumahan.

Sesetengah penduduk berpendapat ia adalah perbuatan hantu raya yang mencari tuan baru dan ada juga menganggap ia kerja pontianak.

Min harap tidak ada penduduk yang terserempak dengan hantu seperti yang diperkatakan oleh mereka.

Kalau Min sendiri berada dekat tempat kejadian, mesti menggigil seluruh badan sampai terkencing dalam seluar sebab terkejut dapat ketukan daripada tetamu tidak diundang.

Ketuk macam nak pecah pintu, bila buka tiada seorang pun dekat luar rumah, mahu tak mengelabah.

Semoga misteri ini akan cepat berakhir dan penduduk Sabak Bernama dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Kesian, mesti tiap-tiap malam penduduk tidak lena tidur.

Hantu atau makhluk bertopeng hantu?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebar Berita Palsu Hingga Mencalar Reputasi, Eizlan Yusof Mahu Saman Hans Isaac

Emma Maembong Muat Naik Video Kali Pertama Suami Dukung Bayi Mereka