in ,

Bunkface Bakal Duet Bersama Jeffrydin & Caprice

SIAPA sangka, kumpulan Bunkface yang terkenal dengan muzik irama pop indie, bakal berduet dengan penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk Jeffrydin.

Kolaborasi dua pihak dari berlainan era muzik itu tentu sekali akan menjadi perhatian masyarakat apabila ia berlaku tidak lama lagi.

Sebelum ini, Bunkface juga pernah berduet bersama Amy Search, seorang penyanyi yang terkenal ketika zaman rock mengungguli industri muzik tempatan melalui lagu Rentak Laguku.

Bunkface Saya Anak Malaysia

Kini, percaturan lebih besar dilakukan kumpulan Indie yang telah mula bertapak dalam industri muzik negara lebih 10 tahun lalu.

Menurut vokalis kumpulan Bunkface, Shamsul Annuar Mohd. Baharom yang lebih dikenali sebagai Sam, pemilihan tersebut dibuat kerana Jeffrydin lebih dikenali berbanding penyanyi pop yeh yeh lain.

Selain itu, kata Sam, Jeffrydin mempunyai teknik tarian yang mampu menarik perhatian orang ramai untuk menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

“Sebab tak ada orang cari Datuk Jeffrydin. Kalau kita lihat penyanyi pop yeh yeh siapa aja yang ke depan selain dia.

“Memang ada ramai lagi tapi dia lebih dikenali daripada mereka semua. Tambahan pula, dia ada teknik tarian genre itu yang menarik perhatian kami.

“Selain itu, salah satu sebab juga pilih Jeffydin sebab ayah saya suka dia,” kata Sam dipetik portal mStar Online.

Tambah Sam, lagu yang akan dilancarkan tidak lama lagi itu akan turut menampilkan ikon media sosial dan penyanyi rap, Caprice.

Jelas Sam, pemilihan Caprice dibuat sebagai tarikan bagi peminat golongan muda yang kini lebih cenderung dengan muzik irama hip hop.

Ia sekali gus menggabungkan tiga generasi muzik yang berbeza menerusi satu lagu yang pasti akan menarik perhatian ramai.

“Memang tujuan kami nak kolaborasi dengan Jeffrydin sebab nak tarik peminat lama. Lagu itu juga ada menampilkan Caprice yang mewakili peminat baru.

“Apa yang dia buat itu sesuai untuk menarik golongan remaja. Jadi, kami dapat gabungkan tiga generasi yang berbeza dalam satu lagu,” ujarnya.

Sementara itu, Bunkface yang turut dianggotai Farouk Jaafar dan Ahmad Farhan bakal menghiburkan peminat mereka sempena meraihkan ulang tahun siri animasi Boboiboy Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh, Perak 24 Mac depan.

“Kami akan membuat persembahan sempena menyambut ulang tahun kelahiran Boboiboy pada 24 Mac depan.

“Insya-Allah persembahan itu akan berlangsung selama setengah jam dan kami akan menyanyikan sebanyak lima buah lagu,” katanya.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khai Bahar Sebak Menangis Ibu Buat Kejutan di Hari Lahir Ke-24

Aishah Buat Pembedahan Pintasan Gastrik Untuk Kurus