in , ,

Bunga Citra Lestari Hargai Peminat Menerusi BCL BLOSSOM Intimate Concert 

Seharum namanya, Bunga Citra Lestari, penyanyi cantik asal Indonesia ini akan menebarkan ‘wangi’ karyanya menerusi sebuah konsert yang sangat dinantikan peminat di Malaysia.

Konsert Blossom – Bunga Citra Lestari, begitu nama konsert perdana pelantun lagu Wanita Terbahagia itu setelah melalui banyak fasa dalam hidupnya beberapa tahun kebelakangan ini.

Ini juga akan menjadi konsert sulung Bunga atau mesra disapa BCL selepas pandemik COVID 19 melanda dunia.

Konsert Blossom Bunga Citra Lestari Apresiasi BCL Buat Peminat

Konsert Blossom- Bunga Citra Lestari yang dibawakan oleh Icon Entertainment akan berlangsung pada 27 Januari 2023 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 malam.

Konsert Blossom Bunga Citra Lestari Apresiasi BCL Buat Peminat

Teruja kerana akan kembali menyapa peminat di Malaysia secara berdepan, BCL senang menggelarkan konsert ini sebagai hadiah dan apresiasi buat semua yang mendokong karier dan kehidupan peribadinya, terutama selepas suami tercinta, aktor Ashraf Daniel Mohamad Sinclair kembali ke Rahmatullah pada Februari 2020.

Konsert Blossom Bunga Citra Lestari Apresiasi BCL Buat Peminat

“Saya sangat berbesar hati untuk bertemu semula dengan peminat di Malaysia, apa lagi sudah cukup lama saya nantikan momen untuk melakukan konsert di negara yang sudah menjadi rumah kedua buat saya.

“Konsert Blossom- Bunga Citra Lestari ini juga sebagai lambang apresiasi buat seluruh peminat yang sudah banyak memberi sokongan kepada saya.

“Selalu DM dan memberi komen di sosial media memberi kata-kata semangat terutama sewaktu Ashraf meninggal dunia. Saya tidak dapat membalas semua mesej tetapi sangat menghargainya,”

– BCL
Konsert Blossom Bunga Citra Lestari Apresiasi BCL Buat Peminat

Mengenai pemilihan Blossom sebagai tema konsertnya, kata BCL, ia memberi signifikan kepada kerjaya dan kehidupan pada masa sekarang dan akan datang.

“Blossom memberi maksud supaya saya bangkit terus dalam berkarya dan tegar menjadi anak seni,” kata ibu kepada seorang anak lelaki ini lagi.

Sementara itu, pihak penganjur melahirkan kesyukuran kerana perancangan membawa BCL melakukan konsert di Malaysia akhirnya dapat dilaksanakan pada 27 Januari 2023 depan.

“Kita semua sedia maklum selepas pemergian Allahyarham Ashraf, BCL berehat sebagai fasa untuk menguruskan kehidupan peribadinya.

“Kami di Icon Entertainment sentiasa mengekori rapat mengenai momen yang tepat untuk melamar sekaligus mendapatkan persetujuan beliau untuk melakukan konsert ini.

“Alhamdulillah selepas beberapa siri perbincangan dengan jadual beliau yang padat, BCL sendiri tidak mahu melepaskan peluang beraksi di ‘rumah keduanya’,” ujar Iman Tang selaku wakil penganjur.

Konsert Blossom Bunga Citra Lestari Apresiasi BCL Buat Peminat

BCL memulakan kerjayanya pada 2002 dan terkenal dengan genre pop.

Antara untaian lagu yang membuat namanya meledak di Malaysia adalah Ingkar, Lagu Cinta Pertama (Sunny) dan album terakhir yang dikeluarkan pada 2017 iaitu It’s Me BCL.

Penyanyi dan pelakon berusia 39 tahun ini juga terkenal dengan lagu duet bersama Ari Lasso, Aku Dan Dirimu serta terkini, Menghapus Jejakmu duet bersama Ariel Noah.

Buat semua penggemar BCL, jangan sampai terlepas menyaksikan Konsert Blossom- Bunga Citra Lestari pada 27 Januari 2023, 8.30 malam. 

Konsert Blossom Bunga Citra Lestari Apresiasi BCL Buat Peminat

Tiket tiket boleh didapati di www.ticket2u.com.my .

Harga-harga tiket adalah berikut: 

Kategori 12 Tahun Terindah

Early bird: RM1188

Harga normal:  RM1238

Kategori Menghapus Jejakmu

Early bird: RM988

Harga normal:  RM1038

Kategori Cinta Sejati

Early bird: RM788

Harga normal:  RM838

Kategori Aku & Dirimu

Early bird: RM588

Harga normal:  RM638

Kategori Wanita Terbahagia

Early bird: RM258

Harga normal:  RM308

Kategori 12 Ingkar

Early bird: RM218

Harga normal:  RM268

Konsert Blossom Bunga Citra Lestari Apresiasi BCL Buat Peminat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Perkenal Program Menarik di Acara Astro Showcase Party

BIHZHU

Magis Jiwa Perkasa Bihzhu, Asing di Malaysia Tapi Telah ‘Mendunia’