Siapa tak kenal dengan Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL? Dari layar perak ke pentas nyanyian, beliau sudah mencipta pelbagai memori buat peminat di seluruh Nusantara. Sosok yang bukan hanya memiliki wajah yang memukau, tetapi juga suara yang menusuk kalbu ini bakal menyinari malam Kuala Lumpur dalam satu persembahan eksklusif bertemakan cinta dan keabadian – BCL: Eternal Love – Timeless Romance.
Konsert mega ini akan diadakan pada 27 September 2025 di lokasi prestij Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Dihasilkan oleh Pulse Project Asia, sebuah organisasi penganjur baharu yang walaupun masih hijau dari segi nama, tetapi sarat dengan tenaga pakar dan pemain industri berpengalaman yang komited menjayakan persembahan berskala dunia.
BCL: Eternal Love – Timeless Romance bukan sekadar konsert biasa. Ia adalah satu naratif penuh nostalgia, cinta dan penghargaan buat para peminat setia yang telah menemani perjalanan seni BCL selama lebih 15 tahun. Persembahan ini dijangka membawa penonton menyelami kembali lagu-lagu yang pernah menjadi ‘soundtrack’ kepada hidup mereka – daripada Cinta Sejati, Cinta Pertama (Sunny), Karena Ku Cinta Kau, 12 Tahun Terindah hinggalah ke Memulai Kembali, single terbaharu yang sarat emosi.
Konsert Sarat Kisah, Cahaya, Kenangan Dan Emosi Yang Mencengkam Hati
Menurut wakil Pulse Project Asia, Muhammad Anuar Zaini, konsert ini dibina untuk menyentuh setiap deria penonton. “Penonton akan dibawa menyusuri perjalanan muzik BCL yang menyentuh hati melalui lagu-lagu cinta abadi, balada penuh makna dan penceritaan intim. Semuanya akan dipersembahkan dengan tata cahaya bersama produksi bertaraf dunia.”
Penggunaan sistem bunyi terkini dan pencahayaan profesional bertaraf antarabangsa akan menjadikan malam itu bukan sahaja indah didengar, tetapi juga memukau dari segi visual. Penonton akan merasa seolah-olah ‘disedut’ masuk ke dalam dunia BCL yang penuh kehangatan dan kenangan manis.
Pulse Project Asia juga menegaskan bahawa konsert ini adalah hadiah eksklusif buat peminat Malaysia yang selama ini memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi. Walaupun mereka baharu dari segi jenama, namun pengalaman mereka dalam menjayakan acara berskala mega menjanjikan satu malam yang penuh dengan magis.
Tiket Dijual Bermula 6 Jun – Ini Bukan Sekadar Tiket, Ini Akses Ke Dunia Cinta
BCL sendiri menggambarkan konsert ini sebagai satu momen penuh intimasi, sebuah peluang untuk beliau berkongsi kasih sayang secara terus dengan peminat Malaysia yang sentiasa setia. Maka sebab itu, tiket konsert ini bukan sekadar pas masuk – ia adalah tiket ke sebuah perjalanan cinta yang abadi.
Tiket mula dijual pada 6 Jun 2025, jam 3 petang, eksklusif di www.ticket2u.com.my. Terdapat beberapa kategori tiket untuk memenuhi keperluan peminat:
- Pre-Sale: RM259 – harga istimewa dengan kuota terhad.
- Harga Normal: Bermula dari RM288.
- Pakej Cinta Abadi: Kategori eksklusif menggantikan VVIP, lengkap dengan:
- Sesi Meet & Greet peribadi bersama BCL
- Sesi bergambar kenangan secara eksklusif
- Barangan edisi terhad ditandatangani BCL sendiri
Bukan itu sahaja! 300 pembeli terawal akan menerima Pas Soundcheck Eksklusif, di mana mereka akan dapat melihat sendiri BCL melakukan latihan akhir sebelum konsert bermula – pengalaman yang sangat rare dan eksklusif.
Fakta Menarik Yang Buat Korang Tak Boleh Tunggu Lagi!
- BCL antara artis wanita Asia Tenggara paling banyak menerima anugerah nyanyian dan lakonan.
- Konsert ini membawa konsep ‘immersive love experience’ dengan teknologi visual interaktif.
- BCL akan menampilkan busana eksklusif rekaan pereka Malaysia khas untuk malam konsert.
- Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan adalah susunan semula versi orkestra dan unplugged.
- Peminat bertuah akan dipilih untuk naik ke pentas bersama BCL pada malam konsert!
Malaysia Rumah Kedua BCL – Peminat Tempatan, Anda Sangat Dihargai!
Kata Anuar, “BCL bukan seorang penghibur yang asing dengan peminat, apalagi di bumi Malaysia. Kedatangan beliau akan terus menyuburkan aroma cinta yang dibawa menerusi karya-karyanya.” Dengan sambutan luar biasa setiap kali beliau menjejakkan kaki ke negara ini, tidak hairanlah konsert kali ini turut dianggap sebagai ‘homecoming concert’.
Peringatan mesra: Jangan beli tiket daripada pihak ketiga yang tidak sah. Pastikan pembelian hanya melalui laman rasmi Ticket2U untuk menjamin tempat duduk anda dan akses ke pengalaman eksklusif seperti pas soundcheck dan goodie bag bertandatangan.
Apa Kata Budiey?
Sebagai seorang content creator dan peminat seni sejati, Budiey rasa konsert BCL: Eternal Love – Timeless Romancebukan sekadar satu acara hiburan – ia adalah satu pengalaman rohani, emosi dan artistik yang bakal menjadi memori sepanjang hayat. Dalam dunia hiburan yang pantas dan sentiasa berubah, BCL masih kekal sebagai ikon cinta yang relevan dan menyentuh jiwa. Budiey akan berada di sana – dan korang pun patut ada sama. Jangan tunggu lagi. Bawa pasangan, sahabat atau siapa saja yang pernah jatuh cinta – dan raikan malam cinta ini bersama BCL!
Informasi Penting:
Artis: Bunga Citra Lestari
Acara: BCL: Eternal Love – Timeless Romance
Lokasi: Plenary Hall, KLCC
Tarikh: 27 September 2025
Waktu: 8.30 malam
Penganjur: Pulse Project Asia
Harga Tiket: RM259 (Pre-sale), RM288 (Harga Normal)
Pembelian Tiket: www.ticket2u.com.my (Bermula 6 Jun 2025, jam 3 petang)
Pertanyaan & Tajaan: [email protected]