in ,

Bukan Klise, Panggung Tok Ram Mahu Memperkasa Budaya Menyanyi

Penjenamaan Datuk Ramli MS dalam dunia seni yang sudah cukup kukuh dan berkaliber membuat meastro muzik tanah air ini terbit dengan program realiti sendiri.

Bukan program realiti picisan, diberi nama Panggung Tok Ram, platform ini dicetuskan untuk mencari bakat bakat baharu seawal usia 14 hingga 18 tahun. Bakat bakat ini pula akan dilatih dengan cukup teliti sebelum dilepaskan dengan ‘bergaya’ sebagai salah satu bakat baharu yang akan menyambung legasi muzik tanah air dengan ilmu penuh di dada.

Memegang prinsip era digital adalah era masa hadapan, Panggung Tok Ram yang mendapat tajaan penuh dari Farm Fresh ini mempunyai misi yang cukup besar. Tok Ram bukan mahu mencari bakat yang berada di gelanggang seni setahun dua, namun mahu membiakkan anak seni yang sentiasa segar bertahun lamanya.

Bukan Klise, Panggung Tok Ram Mahu Memperkasa Budaya Menyanyi

Panggung Tok Ram adalah sebuah platform untuk membiakkan pencinta seni iaitu penyanyi dan semua cabang seni. 

“Saya akan salurkan data selama 47 tahun kepada pelapis seawal usia 14 tahun. Apa yang ada dalam kepala saya, saya akan pindahkan kepada mereka. Mereka mungkin bertuah tetapi ini bukan kerja senang. 

“Kami mahukan pelapis yang mempunyai bakat yang dikurniakan tuhan dan juga ada minda yang cergas. Mereka akan mendapat sesuatu yang intelektual kerana saya akan mengajar. Saya mahu melatih otak mereka (train the brain)”, kata Tok Ram mengenai inisiatif yang diambilnya ini.

Bukan Klise, Panggung Tok Ram Mahu Memperkasa Budaya Menyanyi

Tambah Tok Ram, Panggung Tok Ram tidak akan menjadi sebuah panggung yang klise. Sebaliknya beliau mengatakan mahu bertanggungjawab memperkasa budaya menyanyi selain mahu mengasah pengetahuan tatasusila seni.

“Saya bukan seorang pemimpi. Saya orang fizik. Ini bukan hanya harapan tapi melalui Panggung Tok Ram, saya mahu merekacipta seseorang menjadi artis,” katanya.

Kelak Panggung Tok Ram akan memulakan pencarian bakat yang berpotensi untuk dicungkil kualiti mereka secara digital.

Pencarian akan memakan masa beberapa bulan sebelum Tok Ram dan pihak Farm Fresh menilai faktor X yang diperlukan untuk program ini.

Bukan Klise, Panggung Tok Ram Mahu Memperkasa Budaya Menyanyi

Meletakkan bakat nyanyian sebagai keutamaan dalam Panggung Tok Ram, namun pihak mereka tidak menolak sekiranya ada bakat yang dilihat mampu mengalir ke aliran lakonan.

Untuk peserta yang berminat, boleh menghantar demo nyanyian melalui whatsapp ke nombor berikut:

013- 6268839

Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan mendapatkan sebuah pengetahuan seni yang berkualiti daripada meastro Tok Ram.

Bukan Klise, Panggung Tok Ram Mahu Memperkasa Budaya Menyanyi

What do you think?

37 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ikan Laga Jadi Inspirasi Atilia Haron Lahirkan Koleksi Batik Buat Individu Aktif

Sajat Bersembunyi Di Thailand Guna Laluan Tikus?