in , ,

Buka Kotak Samsung Galaxy A54 5G, Pandang Pertama Kembar Galaxy S23 

Secara rasminya, baru-baru ini Samsung telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan (midrange) terbarunya daripada Siri A, iaitu Galaxy A34 5G dan Galaxy A54 5G.

Budiey telah menggunakan telefon bimbit yang dikatakan kembar kepada Galaxy S23 ini dan ternyata sangat berpuas hati.

Di Malaysia, satu acara pelancaran telah pun dianjurkan Samsung berlokasikan di Lalaport BBCC yang bertemakan Awe-Day & Awe-Night yang sedikit sebanyak dapat menguji sejauh mana kamera peranti ini dapat digunakan dalam suasana yang agak gelap. 

Buka Kotak Samsung Galaxy A54 5G, Pandang Pertama Kembar Galaxy S23

Apa yang boleh Budiey katakan, telefon bimbit ini memiliki reka bentuknya yang diinspirasikan daripada telefon bimbit kelas flagship-nya iaitu Siri Galaxy S23.

Secara ringkas, Galaxy A54 5G mengekalkan skrin FHD+ Super AMOLED dengan kadar penyegaran 120Hz, rintangan habuk dan air IP67, dan bateri 5000mAh, tetapi ia menggantikan Exynos 1280 dengan Exynos 1380 SoC dan mendapat kamera 50MP baharu. 

Jika anda peminat setia jenama Samsung, pasti anda tahu bahawa jenama ini akan sentiasa hadir dengan reka bentuk peranti yang segar. Kali ini, menghadirkan kemasan peranti berukuran 158.2 x 76.7 x 8.2 mm, menghasilkan gaya lebih ringkas dan minimalis.

Buka Kotak Samsung Galaxy A54 5G, Pandang Pertama Kembar Galaxy S23

Untuk anda yang sedang mencari telefon bimbit terbaharu, Samsung Galaxy A54 5G didatangkan dengan tona warna yang terkini, sesuai dengan jiwa golongan muda yang aktif. 

Anda ditawarkan dengan empat pilihan warna ‘Awesome’ yang berbeza iaitu, Awesome Lime, Awesome Violet, Awesome Graphite dan Awesome White. Memang sesuai dengan peredaran masa kini yang memenuhi citarasa Gen Z.

Dengan imej penampilan yang awesome serta terbaik dengan harga mampu milik iaitu RM1,899, Budiey boleh sarankan kepada anda kerana ianya sangat berbaloi! 

Kita dapat lihat kotak pembungkusan untuk Samsung Galaxy A54 5G agak minimal tapi isinya padu!

Buka Kotak Samsung Galaxy A54 5G, Pandang Pertama Kembar Galaxy S23

Selain unit Galaxy A54 5G, dalam kotak pembungkusan terdapat kabel data USB Type C, penyuntik kad SIM, buku manual dan kad waranti.

Samsung telah mula mengeluarkan pengecas walaupun dari telefon jarak pertengahannya baru-baru ini, jadi ini tidak disertakan dengan pengecas di dalam kotak untuk Siri Galaxy A54 5G sepertimana A Siri dan S Siri tiada lagi tanpa disertan Pengecas.

Nah! Ini dia Galaxy A54 5G Awesome White

Buka Kotak Samsung Galaxy A54 5G, Pandang Pertama Kembar Galaxy S23

Bahagian belakang menggunakan bahan kaca yang dilindungi oleh Gorilla Glass 5.

Di bahagian atas terdapat slot Kad SIM dan mikrofon.

Buka Kotak Samsung Galaxy A54 5G, Pandang Pertama Kembar Galaxy S23

Rekaan lensa kamera belakang model ini seakan sama, dengan rekaan pada model Samsung Galaxy S23.

Jika anda peminat peranti dari Samsung, pasti anda sedar ciri terbaru ini. Rekaan kamera peranti A54 ini tidak mempunyai sebarang bingkai, seperti model A53 yang terdahulu.

Di bahagian bawah terdapat pembesar suara, port USB Type C dan mikrofon.

Buka Kotak Samsung Galaxy A54 5G, Pandang Pertama Kembar Galaxy S23

Bahagian kanan Galaxy A54 5G mempunyai butang kuasa dan tetapan kelantangan.

Galaxy A54 menawarkan skrin 6.4 inci Full HD+ Super AMOLED dengan refresh rate 120Hz. Supaya skrin boleh dilihat dengan jelas di bawah terik matahari, Samsung menyediakan sokongan untuk tahap kecerahan sehingga 1,000 nits dan ciri Vision Booster supaya ia kekal jelas apabila digunakan di bawah sinar matahari.

Buka Kotak Samsung Galaxy A54 5G, Pandang Pertama Kembar Galaxy S23

Galaxy A54 menggunakan punch hole yang menjadi tempat kepada kamera swafoto 32 MP

Sudah pastinya pada olah masa kini, ramai yang menginginkan peranti atau gajet yang ringan dan mudah untuk di bawa ke mana sahaja. Dan, jika anda merupakan antara yang mencari ciri-ciri tersebut dalam peranti anda, semestinya Samsung A54 5G ini pilihan dan jawapan terbaik.

Buka Kotak Samsung Galaxy A54 5G, Pandang Pertama Kembar Galaxy S23

Sukar untuk percaya, tetapi peranti mudah alih ini hanya memikul berat 202g sahaja. Walaupun design kali ini kelihatan ringkas, namun kemasan yang digunakan sangat berkualiti, dan membuatkan gajet anda kelihatan premium!

Di bahagian belakang dihiasi dengan tiga kamera. Komposisinya terdiri daripada kamera utama 50 MP ditambah dengan lensa ultra lebar 12 MP dan lensa makro 5 MP.

Buka Kotak Samsung Galaxy A54 5G, Pandang Pertama Kembar Galaxy S23

Samsung A54 dilengkapi dengan OIS dan penstabilan imej digital video (VDIS). Kedua-dua ciri ini bukan sahaja dapat menstabilkan rakaman video, tetapi juga memaksimumkan ciri Nightography. Terima kasih kepada AI, buat pertama kali dalam siri Galaxy A, pengguna kini boleh juga mengalih keluar bayang-bayang dan pantulan yang tidak diingini.

Terdapat dua pilihan untuk memori dalaman iaitu 128GB dan 256GB. Samsung A54 masih mempunyai slot microSD untuk mengembangkan ruang storan sehingga 1 TB.

Buka Kotak Samsung Galaxy A54 5G, Pandang Pertama Kembar Galaxy S23

Selain daripada itu, Samsung kali ini memilih untuk menghasilkan peranti dengan ciptaan penuh kaca Gorilla Glass 5 bagi bahagian skrin hadapan, dan penggunaan bahan plastik bagi bahagian belakang dan bingkai tepi. Penggunaan bahan ini membuatkan gajet anda tidak mudah kotor, dan tidak meninggalkan kesan cap jari.

Sebagai seorang content creator yang sangat rapat dengan penggunaan gajet dalam kehidupan seharian, Budiey akui Samsung Galaxy A54 mempunyai prestasi kelajuan peranti yang sangat memukau.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy A54 5G, anda boleh KLIK SINI!

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tinjauan mendalam saya mengenai Samsung Galaxy A54 (5G)? Nantikan MegatzRevieW. Ulasan tidak lama lagi!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

POLIS EVO 3

Filem POLIS EVO 3 Bakal Ditayangkan di Pawagam Mulai 25 Mei Ini

BINTANG

Ruhainies & Daniel Fong Dapat Bergandingan Dalam Drama BINTANG