in , ,

Bufet Ramadan Citarasa Bonda Yang Enak di The Face Style Kuala Lumpur

THE FACE Style meraikan kedatangan bulan ramadhan akan datang dengan Jamuan Buffet Ramadhan bersama yang tersayang dan memberikan pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan daripada sajian dan penginapan yang disediakan.

Kurang sebulan lagi Ramadan bakal menjengah. Ramai memilih untuk menikmati iftar di luar kerana mudah memilih tempat yang menghidangkan bufet pada harga berpatutan buat seisi keluarga.

Antara lokasi yang boleh dituju oleh pengunjung ialah The Face Style yang menyajikan pelbagai hidangan tradisi sambil dihiburkan oleh alunan pelbagai pilihan lagu ghazal Melayu.

Bufet Ramadan Citarasa Bonda Yang Enak di The Face Style Kuala Lumpur

Terletak strategik di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, restoran Style-All-Day-Dining menawarkan sesuatu yang moden dan luas untuk Citarasa Bonda bermula 15 Mac hingga 7 April 2024, dari 6.30 petang hingga 10 malam. 

Untuk pertama kalinya, cef berpengalaman hotel ini akan mempersembahkan kepakaran kuliner mereka, menyusun menu yang menyatukan tradisi dengan inovasi. 

Bufet Ramadan Citarasa Bonda Yang Enak di The Face Style Kuala Lumpur

Antara hidangan Ramadan kegemaran ramai yang akan disajikan seperti sup gearbox, kambing bakar, siput sedut masak lemak cili padi berkeju, ayam bakar tebu, laksa Kuala Kangsar, ikan cencaru sambal taucu viral, daging masak hitam dan banyak lagi.

Selain hidangan lazat, tetamu boleh mencari ketenangan dan rohaniah di surau yang terletak di tingkat 51A, menyediakan ruang yang tenang untuk solat sepanjang bulan suci ini. 

Bufet Ramadan Citarasa Bonda Yang Enak di The Face Style Kuala Lumpur

NIkmati sepanjang 23 hari Ramadan di Citarasa Bonda dengan melodi indah daripada kumpulan Ghazal terdiri daripada 4 orang sekaligus rasai atmosfera kemeriahan serta keceriaan Citarasa Bonda. 

Bagi memeriahkan acara istimewa ini, hotel itu juga menawarkan promosi pembelian awal dari sekarang hingga 15 Mac 2024. 

Bufet Ramadan Citarasa Bonda Yang Enak di The Face Style Kuala Lumpur

Pengunjung dewasa boleh menikmati pengalaman ini dengan harga RM150 (bersih), manakala kanak-kanak dengan harga RM75 (bersih) manakala harga biasa dewasa ialah RM188 (bersih) dan kanak-kanak (6 tahun ke 12 tahun | Warga Emas berusia 65 tahun keatas) RM95 bersih.

Promosi Pembelian Awal (1 Mac- 15-Mac)
Dewasa RM150
Kanak-Kanak RM75

Harga Biasa (15 Mac 2024)
Dewasa RM 188
Kanak-Kanak RM 95

Bufet Ramadan Citarasa Bonda Yang Enak di The Face Style Kuala Lumpur

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, hubungi tempahan restoran Style-All-Day-Dining melalui:

  • WhatsApp atau hubungi talian +6012 751 6992 
  • WhatsApp antara 9 pagi dan 5 petang di talian +6017 613 7423
  • Talian terus Style All-Day-Dining: +603 2168 1770

THE FACE BRAND menentukan semula gaya hidup mewah, memenuhi keperluan pelancong perniagaan dan percutian. Suite-suit direka untuk kegunaan praktikal, memberikan ruang yang mencukupi untuk kerja dan bersantai. Kemudahan moden, ruang hidup selesa, dan dapur yang dilengkapi sepenuhnya memastikan penginapan yang selesa dan menyeronokkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selera Dari Dapur Binjai Janjikan Santapan Buka Puasa Pada Harga Berpatutan

New Boyz Umum Konsert New Boyz 25Th Anniversary Live In Kuala Lumpur