in , ,

Pengalaman Budiey Sertai Edisi Special Golden Ticket di Alamanda Putrajaya

Baucar RM500,000 Untuk Dimenangi Dalam Kempen The Golden Ticket

Pada 27 Mei lalu, Budiey berpeluang menghadiri acara eksklusif untuk media sempena kempen The Golden Ticket di Alamanda Putrajaya yang kini memasuki edisi kelima. Dengan semangat penuh keterujaan dan harapan tinggi, Budiey melangkah ke Centre Court Alamanda yang dihias cantik dengan tema flora dan fauna, menampilkan papan permainan ular dan tangga berskala besar. Memang lain macam suasana dia – penuh warna, ceria dan sangat ‘instagrammable’.

Acara khas ini merupakan satu bentuk penghargaan kepada pihak media yang sentiasa menyokong aktiviti dan promosi Alamanda. Turut hadir pada petang itu adalah beberapa rakan media lain serta wakil pengurusan Alamanda yang ramah dan welcoming. Sesi dimulakan dengan sedikit penerangan tentang kempen, diikuti dengan peluang mencuba sendiri permainan ‘Golden Ticket’ yang menjadi daya tarikan utama.

Budiey seperti mana semua media diberi peluang dan layak untuk satu lontaran dadu. Dengan penuh harapan dan sedikit ‘giggles’, dadu berwarna-warni dilontarkan. Semua mata memandang. Hasilnya… Budiey berhenti di kotak PINK Ticket dan memenangi e-Baucar bernilai RM50. Haha!

Golden Ticket Di Alamanda Putrajaya 2025

Ya, Budiey tak menang Golden Ticket yang bernilai RM1,000. Tapi tak mengapa, pengalaman menyertai acara sebegini cukup menyeronokkan. Dapat bawa balik RM50 pun satu rezeki juga – boleh guna untuk makan sedap kat Nandos lepas ni kan?. Lebih penting, dapat rasa sendiri keseronokan kempen dan tengok sendiri reaksi pengunjung lain yang teruja bila menang hadiah besar.

Selain cabutan tiket, acara petang itu juga diserikan dengan muzik cerialampu berkelip, dan sesi fotografi spontan bersama replika cek hadiah. Terdapat juga kios photobooth dan aktiviti claw machine yang menggamit nostalgia zaman kanak-kanak. Pihak Alamanda turut menyediakan jamuan ringan yang sedap dan suasana santai yang menjadikan sesi itu mesra dan penuh tawa.

Golden Ticket Di Alamanda Putrajaya 2025

Kempen The Golden Ticket di Alamanda berlangsung dari 23 Mei hingga 8 Jun 2025, di mana pengunjung yang berbelanja RM500 dalam dua resit layak untuk melontar dadu dan berpeluang memenangi:

  • Golden Ticket – RM1,000
  • Yellow Ticket – RM500
  • Blue Ticket – RM50

Sebanyak 50 hadiah disediakan setiap hari, dan tiket yang tidak dituntut akan dibawa ke hari seterusnya – menjadikan peluang untuk menang lebih besar dengan setiap kunjungan.

Golden Ticket Di Alamanda Putrajaya 2025

Apa Kata Budiey?

Secara jujur, Budiey sangat kagum dengan usaha Alamanda Putrajaya dalam menganjurkan kempen sebegini. Bukan saja kreatif, tapi juga mendekatkan pengunjung dengan pengalaman beli-belah yang menyeronokkan dan penuh ganjaran. Tema yang digunakan sangat mesra keluarga dan mampu menarik minat pelbagai lapisan masyarakat.

Meskipun Budiey tak menang besar, tapi vibe dan pengalaman itu jauh lebih berharga. Dapat connect dengan orang ramai, rasa suasana festive, dan yang paling penting – dapat nikmati momen yang tak dapat dilupakan. Jadi kalau anda belum ke Alamanda, jangan tunggu lama-lama. Mana tahu, anda mungkin pemburu Golden Ticket seterusnya!

Golden Ticket Di Alamanda Putrajaya 2025

Peluang Menang Besar Di Suria KLCC, Alamanda & Mesra Mall

Kempen tahunan The Golden Ticket kembali lebih gempak dengan baucar bernilai RM500,000 untuk direbut di tiga pusat beli-belah popular: Suria KLCCAlamanda Putrajaya, dan Mesra Mall Terengganu.

Suria KLCC – Neon, Dadu Gergasi & Hadiah RM10,000

Dari 9 hingga 25 Mei, Centre Court Suria KLCC diubah menjadi taman neon ‘snakes and ladders’ gergasi. Belanja RM1,500 dalam dua resit untuk melontar dadu dan berpeluang menang:

  • Golden Ticket – RM10,000
  • Ruby Ticket – RM5,000
  • Emerald Ticket – RM100
  • Purple Ticket – RM50
Golden Ticket Di Alamanda Putrajaya 2025

Setiap pemenang Golden atau Ruby diraikan dengan lampu neon & muzik perayaan, dan dipaparkan di Wall of Winners. Photobooth, claw machine dan hidangan hujung minggu turut memeriahkan suasana.

Alamanda Putrajaya – Semua Dapat Hadiah, Tema Flora Fauna

Kempen Alamanda berlangsung 23 Mei hingga 8 Jun. Belanja RM500 dalam dua resit untuk dapat peluang menang:

  • Golden Ticket – RM1,000
  • Yellow Ticket – RM500
  • Blue Ticket – RM50
Golden Ticket Di Alamanda Putrajaya 2025

Sebanyak 50 hadiah disediakan setiap hari, dan semua peserta menang sesuatu. Pemenang utama diraikan dengan lampu, muzik dan sesi foto bersama cek replika.

Mesra Mall – Permainan Nostalgia, Hadiah Sehingga RM1,000

Dari 9 hingga 25 Mei, Mesra Mall Kemasik tawar peluang menang dengan hanya berbelanja RM300. Hadiah termasuk:

  • Golden Ticket – RM1,000
  • Silver Ticket – RM500
  • Blue Ticket – RM30

Dengan 51 hadiah harian, serta tiket yang dibawa ke hari berikutnya, peluang menang memang tinggi. Centre Court dihias cantik berinspirasikan permainan zaman kanak-kanak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rockology Concert Tour 2025 Tawar Peluang Untuk Peminat Bayar Separuh