in , ,

Drama Bersiri BUDAK TEBING Lakonan Eyka Farhana Cecah 10 Juta Penonton

Budak Tebing Mengumpul 10 Juta Penonton! Giliran ‘The Gadis’ Tawan Slot Lestary ! 

Drama bersiri Budak Tebing yang mengambil pendekatan masalah sosial dalam kalangan remaja mendapat perhatian dan ikutan ramai sejak disiarkan. Pengakhiran siri pada 9 April 2020 mencecah 5 juta penonton dan secara keseluruhan Budak Tebing berjaya mengumpul 10 juta penonton sepanjang siaran 13 episod di slot Lestary TV3! Di platform digital pula, drama ini telah melebihi 9 juta jumlah tontonan digital di Youtube TV3Malaysia dan Drama Sangat (Sumber: Nielsen dan Youtube Insights).

Poster Ratings Shout Out Budak Tebing

Budak Tebing yang dilakonkan oleh Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar, dan Firdaus Ghufran menyaksikan Arif (Adam Lee) dan Tongki (Aedy Ashraf) berjaya meleraikan salah faham mereka dan menjalin semula talian persahabatan. Malahan mereka juga membantu pihak berkuasa menumpaskan kegiatan jahat Broger (Syazwan Zulkifly), seterusnya melenyapkan kegiatan haram yang mencemarkan tebing, tempat kegemaran mereka. 

Aku Ingin Bebas, itulah keinginan seorang gadis kampung yang ingin mengubah kehidupannya dengan mencari rezeki di bandar. Malangnya, dia terlalu naif dan termakan pujukan rakan sekampungnya yang akhirnya memakan diri. 

Poster THE GADIS

Menyusuli Budak Tebing, drama bersiri The Gadis terbitan Mermaid Studios arahan Liyana Jasmay pula ‘mengganas’ di slot Lestary bermula 10 April 2020. Mengangkat tema keruntuhan akhlak remaja yang inginkan kemewahan dan masalah keluarga, drama bersiri yang mempunyai 7 episod ini menampilkan pelakon-pelakon seperti Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Hun Haqeem danSyafie Naswip. 

Lisa (Yuna Rahim) ialah seorang gadis kampung yang bijak dan bakal menghadapi SPM tidak lama lagi. Lisa tekun belajar kerana ingin mendapatkan biasiswa bernilai RM20,000 dari sekolahnya. Namun, segalanya berubah apabila Lisa bertemu dengan sahabat lamanya, Nad (Fatin Afeefa).  

Nad pulang ke kampung untuk menjaga neneknya yang sakit. Lisa teruja melihat perubahan drastik Nad. Dia kelihatan lebih cantik, pakaian yang dipakai kesemuanya berjenama bahkan Nad juga memandu kereta mewah.

Lina (Erynne Erynna), kakak kepada Lisa tidak gemar dengan kepulangan Nad. Mereka sebaya dan pernah berkawan baik. Lina memberi amaran supaya Lisa tidak rapat dengan Nad, kerana Lina tahu serba sedikit tentang kisah Nad. 

Dalam diam, Nad mengajar Lisa mendapatkan wang mudah setelah mengetahui Lisa sedang mengumpul wang biasiswa dan kelihatan teruja melihat kehidupannya yang mewah. Tanpa pengetahuan Lina, Lisa mengikut Nad dan Mika (Hun Haqeem), ke bandar untuk mengubah kehidupannya.

Nad memberitahu Lisa bahawa dia hanya perlu melayan lelaki melalui panggilan telefon dan keluar bersama untuk mendapatkan wang yang banyak. Lisa pada mulanya tidak selesa namun lama kelamaan Lisa hanyut dengan habuan yang dinikmati. 

Namun kesenangan yang dikecapi tidak lama. Lisa dikurung dan dikawal ketat oleh Mika dan Nad setelah dia enggan melakukan pekerjaan yang disuruh oleh mereka. Setiap pergerakan Lisa diawasi. Lisa tidak selesa dan merindui kehidupannya di kampung. Dalam diam, Lina dan Nad akhirnya bergabung dan memikirkan helah supaya mereka dapat membebaskan diri daripada Mika yang semakin kejam.

Mika bukan sahaja mendera emosi bahkan fizikal mereka juga. Wang hasil pekerjaan haram mereka turut dibolot sepenuhnya oleh Mika. Hal ini menimbulkan ketidakpuasan hati buat Lisa dan Nad. Berjayakah Lisa dan Nad menyelamatkan diri? Bagaimanakah Lisa berhadapan dengan keluarganya dan mendapatkan keampunan daripada mereka? 

The Gadis bersiaran pada setiap Rabu hingga Jumaat pada jam 9.00 malam di slot Lestary dan boleh strim di laman sesawang www.tonton.com.my .

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTubedan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat !

Hun Haqeem
Hun Haqeem
Erynne Erynna
Erynne Erynna
Fatin Afeefa
Fatin Afeefa

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sukar Untuk Bernafas, Wany Hasrita Akui Diserang Anxiety Disorder

Koleksi Rantaian Kasih 2020 Habib Gemerlapkan Sinar Aidilfitri