in , ,

Buat Mamat Exists Ini Pesanan Jamal Abdillah Untuk Berhenti Dadah

Susulan penahanan vokalis kumpulan Exists, Mamat berhubung kesalahan positif dadah baru-baru ini, penyanyi Datuk Jamal Abdillah sempat menitipkan pesanan buat penyanyi tersebut.

Menurut Jamal, dia memahami bukan mudah untuk seseorang individu itu berubah apabila mereka sudah terjebak dengan pengambilan najis dadah.

“Saya tidak begitu mengenali Mamat Exists, tetapi apa yang saya boleh pesan ialah dia harus bangkit dan fokus dengan tujuan hidupnya. Banyak pengorbanan dia kena buat sekiranya dia betul-betul nak berubah, dia dah tak boleh nak enjoy-enjoy dah seperti sebelum ini.

“Tiada siapa yang boleh membantunya kecuali dirinya sendiri. Tidak boleh salah sesiapa termasuk keluarga tapi dia harus melawan dirinya sendiri kerana sesungguhnya peperangan yang paling besar adalah untuk melawan nafsu sendiri,”

– Jamal Abdillah

Jamal ditemui pada majlis sidang media Malam Amal Pengasih yang diadakan di ibu pejabat Persatuan Pengasih, Kuala Lumpur semalam.

Jamal

Penyanyi yang popular dengan lagu Azura ini juga turut memberikan pandangan peribadinya mengenai permasalahan najis dadah melibatkan artis-artis generasi baharu yang tidak mahu melihat kebangkitannya sebagai satu contoh untuk terus melangkah ke hadapan.

“Yang saya hairan, bila saya jatuh semua nak ikut. Tapi bila saya bangun semula, tiada yang mahu tengok dan ambil contoh, jadikan sebagai ikutan. 

“Sepatutnya mereka fikir, Jamal sudah okay, jadi kenapa aku tak ikut caranya dan bertanya apa yang perlu. Saya tiada masalah nak bagi tips sesuai untuk dipraktikkan bersama,”

– Jamal Abdillah

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Jamal dan Man Bai akan menjayakan persembahan Malam Amal Pengasih yang akan berlangsung di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada 17 November ini.

Majlis makan malam amal itu akan dihadiri Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku penaung bertujuan mengumpul dana untuk menyiapkan fasiliti Rawatan dan Pemulihan Dadah Pengasih di lokasi baharu di Cinta Manis, Bentong, Pahang.

Tiket dijual serendah RM3,000 hingga RM25,000 semeja. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Atiqah Yusuf di talian 010-3935140 atau Abdullah Ghani di 011-23847617.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Tayangan Filem HUSTLERS Dibatalkan di Malaysia

Drama Spontan Ashrul atau Ashley Trending di Youtube Malaysia