in , , , ,

BTS Pecah Rekod BlackPink, Catat Rekod Tertinggi 101.1 Juta Tontonan Dalam 24 Jam

Penangan muzik K-Pop memang tidak boleh disangkal lagi apabila kali ini kumpulan anak muda dari Korea, BTS pula berjaya mencipta sejarah kerana lagu terbaru mereka berjudul Dynamite mencatatkan jumlah tontonan tertinggi dalam masa 24 jam.

Lagu Dynamite merupakan single Inggeris daripada kumpulan BTS yang dilancarkan pada 21 Ogos 2020 pada jam 1 petang waktu Korea, sekali gus dengan muzik video. Pada 23 Ogos, YouTube mendedahkan muzik video Dynamite telah memperoleh sebanyak 101.1 juta tontonan dalam tempoh 24 jam sejak dilancarkan, secara tidak langsung memecahkan rekod yang dipegang Blackpink menerusi lagu How You Like That yang mencapai 86.3 juta tontonan.

Muzik video yang dilancarkan seluruh dunia menerusi laman YouTube telah membuatkan ramai peminat BTS tidak sabar untuk mendengarkan lagu berkenaan, sehinggakan teasernya sahaja juga mendapat jutaan tontonan dalam masa beberapa hari ia dimuatnaik.

Bts Pecah Rekod Blackpink, Catat Rekod Tertinggi 101.1 Juta Tontonan Dalam 24 Jam

Kiraan tontonan rasmi YouTube sering kali berbeza dengan jumlah sebenar real time. Berdasarkan perkiraan rasmi YouTube, ternyata tontonan muzik video Dynamite mencapai jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah tontonan 98.3 juta yang dilihat pada laman web dalam masa 24 jam.

https://flic.kr/p/2jzpwKy

Walaupun dilaporkan bahawa Dynamite mencatatkan tontonan tayangan perdana YouTube yang paling tinggi dalam sejarah, YouTube kini telah pun mengesahkan fakta ini dan mendedahkan bahawa muzik video ini mempunyai lebih daripada 3 juta penonton secara langsung dalam satu ketika. Rekod sebelumnya dipegang oleh video muzik How You Like That daripada Blacpink, yang mempunyai sebanyak 1.66 juta penonton serentak.

Bts Pecah Rekod Blackpink, Catat Rekod Tertinggi 101.1 Juta Tontonan Dalam 24 Jam

Wah, memang bukan biasa-biasa BTS ni, tahniah!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hetty Sarlene | 16

It’s a Boy! Hetty Sarlene Umum Jantina Bayi Sulung

We Bare Bears | 17

Tayangan Perdana Filem WE BARE BEARS: THE MOVIE di Cartoon Network