in ,

BTS, Lady Gaga, Ariana Grande Menang Besar di MTV VMA 2020

KUMPULAN BTS dari Korea Selatan, Lady Gaga, dan Ariana Grande menang besar pada Anugerah Muzik Video MTV 2020 (MTV VMA 2020) yang berlangsung secara virtual hari ini.

Gaga dinobat Artis Terbaik dan Anugerah Tricon. Manakala lagu kolaborasinya bersama Ariana menerusi Rain On Me memenangi kategori Lagu Terbaik, Kolaborasi Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

BTS pula unggul apabila membawa pulang trofi Pop Terbaik, K-Pop Terbaik, Kumpulan Terbaik, dan Koreografi Terbaik menerusi lagu hit mereka berjudul On.

BTS, Lady Gaga, Ariana Grande Menang Besar di MTV VMA 2020

Sementara, Video Terbaik pula dimenangi The Weeknd menerusi lagu Blinding Lights. Lagu terbabit turut memenangi kategori R&B terbaik.

MTV VMA 2020 dihoskan Keke Palmer dan menampilkan persembahan daripada BTS, Miley Cyrus, Lady Gaga, The Weeknd, J Balvin, Maluma, Roddy Ricch, Doja Cat dan CNCO.

Acara itu dilangsungkan di beberapa lokasi luar. MTV VMA 2020 asalnya dijadualkan diadakan di Barclays Center, New York, namun dibatalkan kerana pandemik Covid-19.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hanya Sekali Lafaz, Pelakon Fendy Bakry Selamat Bernikah Dengan Ayu

Zizan Dikecam Lepas Buat Lawak Seluar Dalam Jennie Blackpink