Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

BTS Jadi House Ambassadors Buat Jenama Fesyen Louis Vuitton

Memang kuat benar penangan Korea! Mereka sejak satu dekad yang lalu perlahan-lahan mendominasi budaya pop global. Bukan sahaja melancarkan jenama automobil mahupon gajet hebat.

Malahan bijak menakluki dunia hiburan yang sememangnya mampu mewujudkan sub-budaya. Antara eksport selebriti mereka yang menjadi juara carta, pastinya kumpulan muzik BTS yang dianggotai oleh tujuh orang anak muda lelaki. Manis wajah, berserta lincah menari juga bersuara lunak membuatkan mereka ini mendapat perhatian gadis-gadis. Bukan sahaja di Korea, BTS terus melebarkan sayap mereka ke seluruh negara Asia hingga ke Eropah.

BTS Duta Global Baru Louis Vuitton

Sesudah sampai di Eropah, dengan popular yang cukup tinggi pVirgilastinya semua mahu mendapatkan cebisan indah itu. Nah! terus BTS dilamar oleh Louis Vuitton. Mereka ini diberi tugasan sebagai House Ambassadors buat Louis Vuitton.

Antara momen paling memberi impak adalah sebelum pengumuman ini, BTS yang tercalon dalam Grammy tahun ini menyarungkan helaian rekaan Virgil Abloh buat Louis Vuitton.

Abloh selaku Pengarah Kreatif di Louis Vuitton menyifatkan momen ini sebagai satu kerja sama yang cukup ini.

“Ia menambah rasa moden pada rumah fesyen ini dengan menggabungkan nilai mewah bersama budaya kontemporari. Saya tidak sabar untuk berkongsi segala macam projek yang akan dilaksanakan bersama,” ujar Virgil Abloh.

Manakala BTS pula cukup gembira apabila dilantik sebagai duta global Louis Vuitton.

Mengenali tentang BTS, tahun lalu majalah Time telah memberikan jolokan sebagai Penghibur Tahun 2020. Tahun ini pula mereka menerima pencalonan sebagai Best Pop Duo/Group Performance di Grammy Awards, melalui album Dynamite.

Sayangnya, BTS tumpas pada Lady Gaga dan Ariana Grande yang berduet dalam lagu Rain On Me. BTS dianggotai oleh Jin, Jimin, V dan Jungkook sebagai penyanyi. Suga, J-Hope dan RM pula ditugaskan sebagai rapper buat kumpulan muzik K-Pop ini.

*Sumber: Glam Lelaki

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version