in ,

LoveLove OMG!OMG!

BTS Berehat Panjang Selepas Penat Jadi Fenomena Dunia

Selepas bertungkus-lumus bekerja tanpa berehat lama, akhirnya kumpulan terkenal K-pop, BTS mengambil keputusan untuk berehat sebentar selama dua bulan.

BTS tidak berehat sejak bulan Ogos tahun lalu yang mana mereka terlibat dengan konsert jelajah Love Yourself sebelum bersambung dengan konsert Love Yourself: Speak Yourself yang berlangsung dari bulan Mei hingga Julai lalu. 

Malah mereka turut lebih banyak menghabiskan masa menjelajah negara lain daripada menetap di negara kelahiran sendiri. 

Mereka akan berehat selama dua bulan bermula bulan ini sebelum kembali membuat persembahan di Arab Saudi pada 11 Oktober depan. 

Sepanjang percutian itu, ahli kumpulan BTS dikatakan ingin menghabiskan masa bersama keluarga dan orang tersayang selain mengembalikan tenaga mereka sebelum kembali bekerja. 

BTS yang popular dengan lagu Fake Love dan Boy With Luv dianggotai Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dilema Anak Dalam Telemovie KELIRU IBU

MonoloQue Lancar URUSAN SERI PADUKA BAGINDA (Versi Agong) Bersama Aizat