in ,

Brian Chen Buka Akademi Memasak Untuk Kanak-Kanak di IPC Damansara

PENYAMPAI SURIA, BRIAN CHEN BUKA SATU LAGI CAWANGAN AKADEMI MEMASAK UNTUK KANAK-KANAK

2018 bermula dengan cemerlang buat penyampai radio Suria, Brian Chen apabila beliau melancarkan pembukaan cawangan kedua akademi kulinari francais dari Amerika Syarikat, Young Chefs Academy (YCA) miliknya di IPC, Damansara pada 27 Januari yang lepas.

Brian Chen Buka Akademi Memasak Untuk Kanak-Kanak di IPC Damansara

Sebelum menjadi penyampai Suria lagi, Brian Chen atau lebih dikenali sebagai Abang Brian sudah lama menyimpan minat untuk berkongsi dan mengajar ilmu memasak yang ada pada dirinya. Daripada minat tersebut, bekas finalis Masterchef Malaysia itu telah berjaya menubuhkan akademi memasaknya sendiri khusus buat kanak-kanak yang menyukai bidang itu.

Menurut Brian, Young Chefs Academy ini dibuka untuk membantu memupuk minat di kalangan anak-anak kecil yang suka memasak dan mengembangkan lagi bakat mereka. YCA bukan sahaja membuka kelas memasak, tetapi mereka juga menyediakan servis sambutan hari jadi dan lawatan sambil belajar untuk kanak-kanak. Segala informasi berkenaan YCA dan aktiviti-aktiviti boleh disemak menerusi akaun sosial media Instagram YCA @YCAMalaysia.

“YCA bukan sahaja menyediakan kelas-kelas latihan memasak yang memberi kanak-kanak peluang merasai sendiri pengalaman memasak di dapur, malah di sinilah juga tempat mereka belajar cara bersosial dan bekerjasama antara satu sama lain.” tambah Brian yang lebih dikenali sebagai Abang Brian.

Berbicara tentang kerjayanya di Suria, Brian masih lagi akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10 pagi hingga 1 petang untuk segmen Menu Suria.

“Kerjaya sebagai penyampai radio ini membuka ruang kepada saya untuk berkongsi segala ilmu yang saya ada mengenai kulinari, kesihatan dan kekeluargaan. Kebanyakan daripada pendengar saya merupakan wanita dan suri rumah. Jadi, mereka boleh manfaatkan segala yang saya kongsikan dalam kehidupan seharian mereka.” kata Brian lagi.

Brian kini sedang menjalani pengajian untuk Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan di sebuah universiti Swasta dan dijangka tamat pengajian pada akhir tahun ini.

Brian Chen Buka Akademi Memasak Untuk Kanak-Kanak di IPC Damansara

Brian Chen Buka Akademi Memasak Untuk Kanak-Kanak di IPC Damansara

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

Brian Chen Buka Akademi Memasak Untuk Kanak-Kanak di IPC Damansara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alif Satar & Sherry Alhadad Bersedia Berikan Yang Terbaik Untuk AJL 32

Video Budak Sekolah Pun Dah Pandai Geli-geli Trending di Youtube Malaysia