in , ,

Boy Iman Nafi Menipu Penganjuran Festival Beli-Belah Hooray X Fest Raya

Pelakon dan juga ahli perniagaan, Boy Iman serta tiga individu lain dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya.

Memetik Harian Metro, Boy Iman atau sebenarnya Noruliman A Rahman, Norazah Sahud, Norzana Rapie dan Nor Azmi Jantan, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa menipu Siti Wardina Basir, 21, dengan memperdayakannya dalam urusan penjualan dan penyewaan tapak perniagaan sempena festival Hooray X Fest Raya sehingga mendorong wanita itu menyerahkan wang RM1,500.

Boy Iman Nafi Menipu Penganjuran Festival Beli-Belah Hooray X Fest Raya

Bagi kesalahan berkenaan, mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu tahun hingga 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin yang mengendalikan kes menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap tertuduh.

Namun, keempat-empat tertuduh yang diwakili peguam Mohamad Syakir Mohamad Fauzi dan Earnest Azad memohon ikat jamin paling rendah kerana masing-masing mempunyai tanggungan.

Mahkamah kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM3,000 setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Sementara itu, memetik Kosmo, Boy Iman mendakwa dirinya teraniaya serta meminta untuk mendoakan buat dirinya.

“Doakan saya ya…teraniaya ni,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NADIYA NISA

Bapa Nadiya Nissa Meninggal Dunia Ketika Ibadah Umrah di Madinah 

SAJAT

“Kalau Lelaki Curang, Kau Pun Curanglah, Takkan Nak Berdoa?