in , ,

Boy Iman Dari Kaca Mata Nassier Wahab

SUSULAN penahanan Datuk Boy Iman (DBI) atau nama sebenarnya, Norul Iman Abdul Rahman yang menerajui DBI Properties Sdn. Bhd. dan syarikat Juta Kelulut Global Resources semalam, Datuk Nassier Wahab tampil memberi pandangan.

Nassier yang juga merupakan duta DBI Technology berkata, musibah yang menimpa rakannya itu mungkin berpunca daripada perasaan iri hati sesetengah pihak.

Boy-Iman-Nassier-Wahab

Beliau menerima berita mengenai isu perniagaan DBI yang dikatakan menipu orang ramai dengan menggunakan skim penjualan rumah ketika berada di Tanah Suci Mekah.

“Saya menerima berita ini ketika masih berada di Madinah, Arab Saudi dan sangat terkejut mendengarnya. Setiap hari saya berdoa semoga ditunjukkan kebenaran atas kejadian yang berlaku. Sebagai duta, diakui saya memang terkena tempiasnya dan merasai sedikit tekanan. Bagaimanapun saya cuba tenangkan diri, reda dan tawakal apabila diuji sebegini. Saya bukan baru setahun dua mengenali Boy, malah sudah lama. Sejujurnya, sepanjang tempoh tersebut saya tidak nampak dia mahu menindas sesiapa sebaliknya sekadar ingin membantu,”

Tambahnya, adat berniaga, pasti wujud perasaan dengki sesama manusia dan budaya negatif tersebut tidak boleh dinafikan.

“Barangkali ada pihak atau individu yang iri hati dengan usaha murni Boy sehingga sanggup menabur pasir ke dalam periuk nasinya. Apapun, biarlah pihak berwajib menjalankan tugas mereka melakukan siasatan terperinci dengan harapan semoga perjuangan Boy dan DBI Properties berada di pihak yang benar,”

Semalam, DBI ditahan ditahan bersama dua lagi suspek utama di Ampang dan Setapak bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta pada Isnin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, didapati syarikat ini menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

“Bagaimanapun, selepas bayaran dilunaskan pembinaan rumah berkenaan tidak dijalankan,” katanya. – Agendadaily

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kes DBI: Nassier Wahab Kecewa Apa Yang Berlaku

Arja Lee | 16

Cinta Sejati Dalam Telemovie SEKALI KULAFAZKAN CINTA Lakonan Arja Lee