in ,

Bosan Duduk Rumah, Nabila Huda Buka Kedai Pakaian Preloved

Daripada diam duduk melepak je kat rumah, lebih baik buat kerja dengan melakukan sesuatu yang berfaedah dan menguntung. Mungkin itulah pendapat yang dapat menggambarkan situasi pelakon Nabila Huda apabila beliau terlalu bosan duduk di rumah, masa terluang terisi dengan membuka kedai menjual barangan peribadi.

Tidak betah untuk duduk sahaja di rumah, pelakon Nabila Huda kini membuka perniagaan menjual barangan preloved miliknya di Rasta Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Menurut Nabila, dia yang sudah terbiasa bekerja merasakan perlu mencari alternatif lain daripada ‘bermalasan’ tanpa berbuat apa di rumah.

“Sebenarnya saya dah sewa kedai ini sejak sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lagi, cuma ia baharu sahaja dibuka selepas PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) dilaksanakan baru-baru ini.

“Sekarang baharu saya ada masa untuk set-up betul-betul kedai ini, tambah dekorasi apa yang patut. Saya buat bisnes ini sekadar untuk suka-suka sebab saya dah biasa bekerja, bila kita tidak bekerja boleh jadi emosional.

“Jadi, saya tak nak ada unsur-unsur negatif sebegitu dalam diri saya, jadi saya usahakan sesuatu untuk fulfilled aktiviti seharian saya,”

– Nabila Huda
- Nabila Huda

Ujarnya, antara barangan yang boleh didapati di kedainya ialah koleksi pakaian, kasut dan beg dan kesemua merupakan koleksi barangan peribadinya.

“Semua adalah barangan peribadi saya, koleksi jaket denim vintage yang merupakan kesayangan saya pun saya jual untuk kongsi dengan peminat.

“Buat masa ini saya sentiasa ada di kedai kerana buat masa ini saya berehat sebentar daripada berlakon,” katanya yang meletakkan harga serendah daripada RM5 sehingga RM150 untuk barangan jualannya. 

– Nabila Huda
Sumber: KopiPlanet

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aizat Amdan & Hanin Dhiya Bergabung dalam Lagu KU MAU

7 Langkah Pertama Buat Duit Menjadi Personal Shopper