in ,

Bocey & Friends Live Minggu Ini Bertemakan Kenduri Kawin

Fad, Achey dan Abam bakal membuka pintu rumah mereka dan menerima kehadiran rakan pelawak serta selebriti lain pada Jumaat ini (23 Mac 2018), jam 10.00 malam bertempat di Studio Sound Stage Finas, menerusi program ‘Bocey & Friends Live’.

Kenduri Kawin

Untuk persembahan pembukaan ini, Bocey memilih tema ‘Kenduri Kawin’. Nampak gayanya, suasana malam hujung minggu ini akan menjadi riuh rendah. Pastinya pelbagai persiapan telah dilakukan untuk menerima kehadiran rakan-rakan selebriti yang akan membuat penampilan istimewa dalam persembahan mereka kelak. Dalam pada itu, sudah tentu terletak satu tanggungjawab besar di bahu setiap daripada mereka untuk memberi yang terbaik buat para peminat yang setia menunggu kemunculan mereka di pentas yang sama sejak penerbitan ‘Bocey & Friends’ kira-kira 2 tahun lalu.

Siapakah rakan pelawak Bocey pertama yang diberi penghargaan untuk menjayakan ‘Bocey & Friends Live’ pada Jumaat ini? Siapa pula selebriti jemputan mereka? Paling utama, adakah comeback mereka sebagai satu kumpulan setelah tidak bekerjasama dalam satu tempoh yang lama, berjaya meyakinkan seterusnya menghiburkan penonton? Sama-sama kita saksikan Jumaat ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KONSERT HORA HOREY DIDI & FRIENDS Catat Rekod Pecah Panggung

Lama Tahan Sakit, Hidung Shahrol Selamat Dibedah