in ,

BMW Group Malaysia Lancar Kereta BMW X2

BMW Group Malaysia melancarkan model dalam segmen kompak premium, Sports Activity Coupes yang pertama iaitu BMW X2 sDrive20i di Kuala Lumpur, hari ini.

Dikuasakan dengan enjin 1,998 cc Kuasa Berkembar Turbo, ia mampu menghemburkan kuasa kuda 192 PS pada 5,000 hingga 6,000 rpm serta daya tork 280 Nm pada 1,350 hingga 4,600 rpm.

Launch of the First-Ever BMW X2 (2)

Rekaan luaran dengan ciri eksklusif seperti gril ‘ginjal’ yang hanya terdapat pada model BMW 507 Roadster, logo BMW pada tiang C daripada model Coupe dan eksoz berkembar berdiameter 90 millimeter (mm) serta rim aloi 19 inci.

Ruang dalaman dengan roda stereng pelbagai fungsi dan cermin antisilau, pendingin hawa automatik dua zon, tempat duduk hadapan larasan elektrik dan ruang but daripada 470 liter hingga 1,355 liter dengan kerusi belakang dijatuhkan.

Model ini juga dilengkapi elemen BMW Connected dengan fungsi hiburan, Panggilan Kecemasan Pintar, BMW Online dan Khidmat Kawalan Jauh BMW untuk kemudahan pemandu dan penumpang pada skrin paparan sesentuh bersaiz 8.8 inci di papan pemuka.

Model X2 juga memberi pemanduan dinamik yang mampu memecut dari sifar hingga 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 7.7 saat dengan transmisi dwi-klac tujuh kelajuan.

Untuk pasaran Malaysia, hanya varian BMW X2 sDrive 20i M Sport ditawarkan dengan warna baru yang unik seperti Emas Galvanic, Biru Metalik Misano dan Oren Metalik Sunset dijual pada harga RM320,800 (atas jalan tanpa insurans).

Launch of the First-Ever BMW X2 (10)

 

BMW Group Malaysia Memperkenalkan Kenderaan BMW X2 yang Pertama.

Keluaran terbaharu daripada rangkaian BMW X ialah Cool Rebel X, dicipta untuk individu yang Lantang dan Berani.

Kuala Lumpur, 21 Mac 2018 – BMW Group Malaysia telah memperkenalkan kenderaan BMW X2 yang pertama pada hari ini, ia merupakan jentera terbaharu dalam portfolio pengeluar kenderaan premium ini bagi segmen Sports Activity Coupes.

BMW X2 dicipta khas untuk mentransformasikan segmen kenderaan Kompak Premium dengan kesemua model terbaharu BMW yang sporty, dinamik dan mempunyai reka bentuk urban. Ia juga akan mewujudkan impresi yang tersendiri bagi kelas kenderaan tersebut, juga terhadap rangkaian model BMW X.

En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata,

“Model BMW X telah lama bertapak di Malaysia. Pada tahun lepas sahaja, kita telah menjual lebih 4,200 siri kenderaan BMW X yang bersamaan dengan 39.6% jualan BMW daripada jumlah keseluruhan iaitu 10,618 kenderaan. Hari ini, kami berbesar hati untuk memperkembangkan portfolio BMW X di Malaysia dengan jentera BMW X2 yang pertama.”

Tambah Hoelzl, jentera premium kompak sports activity coupe menjanjikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan melalui keseimbangan pemanduan dinamik yang berciri sport. Di samping itu, penambahan ruang kabin pada kenderaan ini juga meningkatkan efisiensi serta melonjakkan nama jentera ini di dalam kelas kenderaan seumpamanya.

BMW X2 diperkenalkan melalui variasi BMW X2 sDrive20i M Sport. Reka bentuknya yang garang akan kelihatan jelas terserlah dalam apa jua keadaan. Kenderaan premium sports activity coupe yang terbaharu ini mewujudkan impresi tersendiri berikutan reka bentuk dalamannya serta lenggok badan kenderaan tersebut ketika ia memecut, di samping ketinggian coupe ini yang renek dan keteguhan yang dimiliki oleh model BMW X. Di atas jalan raya, kondisi jentera ini adalah umpama atlet yang berada pada tahap kemuncaknya.

Secara keseluruhan, reka bentuk BMW X2 memberikannya ekspresi yang dinamik. Kesingkatan badan kenderaan ini juga diunjurkan oleh bumbung coupe serta grafik tingkap yang langsing. Kebanyakan reka bentuk jentera ini memberi penekanan terhadap kemandirian BMW X2 sambil mengekalkan keanggotaannya dalam famili BMW X. Disertakan dengan gril kidney BMW yang ikonik, reka bentuk trapezoid yang terdapat pada bahagian kepala jentera tersebut juga dirubah untuk menonjolkan aspek kemodenan BMW.

Jentera Sports Activity Coupe ini mempunyai prestasi yang cukup memberangsangkan hasil daripada enjin TwinPower Turbo, teknologi powertrain yang canggih. Disertakan dengan inovasi casis untuk meningkatkan kualiti pengendalian, ketangkasan serta tindak balas jentera ini memastikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingannya dalam segmen kenderaan ini.

Ciri istimewa yang kini berbeza daripada BMW yang sebelumnya.

Gril kidney merupakan komponen yang paling sinonim dengan BMW. Pada BMW X2, reka bentuk luaran gril tersebut dijadikan lebih lebar pada bahagian bawah berbanding bahagian atas. BMW X2 merupakan variasi BMW moden yang pertama untuk menampikan reka bentuk tersebut, lantas memberikannya penampilan yang lebih berbeza dan sporty.

Di bawah gril tersebut, permukaan heksagon yang terletak pada bahagian bampar menonjolkan lagi penampilan jentera ini. Gril kidney tersebut mewujudkan ekspresi visual BMW X2 yang berkelas tinggi. Jeriji gril ini pula disalut dengan glos hitam yang dikontraskan dengan warna krom di seklilingnya.

Reka bentuk lampu hadapan BMW X2 juga memperkukuhkan keterampilannya yang sporty. Suluhan lampu yang terdapat di bahagian dalam adalah lebih tajam berbanding lampu yang dipasang di bahagian luar, mewujudkan pemfokusan dan kelebihan dinamik. Selain lampu kabus LED, BMW X2 juga turut disertakan dengan lampu hadapan LED yang menawarkan fungsi pencahayaan untuk pemanduan pada waktu siang.

BMW X2 ini juga mempunyai corengan glos pada permukaannya dan emblem BMW yang terletak pada C-Pillars memberi penghormatan kepada tradisi penciptaan premium sports coupe oleh BMW. Pakej BMW M Aerodynamics juga disertakan dalam Sports Activity Coupe ini dengan trim tayar dan salutan pewarna pelindung pada permukaan kesemua pintu kereta tersebut. Selain daripada spoiler belakang, BMW X2 juga dibina menggunakan BMW M Sport Suspension yang direndahkan sebanyak -10mm untuk memastikan pemanduan yang menyelesakan.

Antara daya BMW X2 ini menunjukkan kuasa enjinnya, BMW TwinPower Turbo adalah melalui ekzos. Pada diameter 90mm, BMW X2 disertakan dengan ekzos dalam warna krom glos pada kedua-dua sisi kenderaan tersebut. Bumbung kenderaan ini pula mempunyai corengan yang unik lantas memberikan impresi pemecutan. Rupa sporty kenderaan tersebut juga dimangkinkan dengan rel bumbung yang diwarnai Aluminum Satin.

Di atas jalan raya, BMW X2 memiliki keteguhannya dengan tayar 19” M yang beraloi ringan, reka bentuk double-spoke 715M dengan ciri run-flat. Skirt sisi jentera ini juga merupakan antara komponen utama dan menyumbang kepada penampilannya yang lasak dan teguh. Corengan garisan mendatar pada bahagian belakang kenderaan ini merapatkan jarak visual antara kereta ini dengan permukaan jalan raya, penekanan diberikan terhadap kelebaran kereta tersebut yang menonjolkan cirinya yang sporty. Corengan ini berlanjutan sehingga lampu belakang kereta tersebut.

Pencahayaan Dalaman yang Lebih Gah.
Ruangan dalaman kenderaan BMW X2 pula dilengkapi dengan pencahayaan LED ambien dalam variasi pilihan warna seperti Orange, Lilac, Mint, Bronze, Blue dan White untuk dipadankan dengan ekspresi luaran kenderaan tersebut.

Dinamik Pemanduan.
Pemandu BMW X2 berfikir dengan cara yang berbeza. Mereka akan memecahkan kelaziman dan bertindak sebagai pemimpin. Intihanya, BMW X2 adalah untuk golongan ini. Jentera Sports Activity Coupe ini dikuasakan oleh enjin petrol dua liter, BMW TwinPower Turbo 4-silinder (teknologi ini telah mengarap pelbagai anugerah) yang menggabungkan twin-scroll turbocaj dengan Valvetronic, dua VANOS dan High Precision Injection; kenderaan ini dapat mencapai kelajuan maksima setinggi 227km/j. Secara keseluruhan, sistem ini menjana 192hp dan tork sebanyak 280Nm, BMW X2 yang pertama ini memecut dari 0-100km/j dalam masa 7.7 saat. Jentera Sports Activity Coupe ini juga turut disertakan dengan transmisi 7-kelajuan dwi-klac Steptronic Sport.

Respon pemanduan kereta ini juga boleh disesuaikan dengan hanya menekan butang suis yang terletak di Driving Experience Control yang akan membolehkan pemandu memilih mod seperti COMFORT, peningkatan-kecekapan ECO PRO, dan SPORT. Ia juga dilengkapi dengan Performance Control yang membolehkan pengawalan enjin dan intervensi brek ketika membelok.

Rasai Ambien Kontemporari dengan Sentuhan Premium.
Ruangan dalaman BMW X2 menggabungkan elemen utama BMW seperti penumpuan pemanduan, garisan dinamik dan kelasakan yang merupakan identiti model BMW X. Bermula dari stereng yang dilengkapi dengan butang pelbagai fungsi sehinggalah ke cermin antisilau dengan fungsi lipatan otomatik yang terletak di dalam dan luar kenderaan tersebut membuktikan kualiti dan variasi perlengkapan yang ditawarkan oleh BMW X.

Pertama kali dilancarkan, BMW X2 menawarkan ciri praktikal untuk kegunaan seharian. Selain daripada Comfort Access System (Sistem Akses Keselesaan) yang membolehkan pintu but dibuka secara otomatik, ruang but kenderaan ini juga luas dan berkapasiti 470 liter. Ruang but tersebut mampu menampung kapasiti yang berkeluasan sehingga 1,355 liter dengan pembahagian lipatan 40/20/40 di tempat duduk belakang.

Penumpang merupakan keutamaan BMW X2; pendingin hawa otomatik yang dilengkapi dalam kedua-dua zon kenderaan ini akan membolehkan penumpang di tempat duduk belakang menikmati udara dingin dengan lebih selesa. Pemandu dan penumpang di tempat duduk hadapan juga dapat merasai kelebihan tempat duduk boleh laras yang dikuasakan elektrik, dengan tambahan “fungsi ingatan” yang disertakan di tempat duduk pemandu.

Apabila ia melibatkan kenderaan dengan teknologi perhubungan, fokus utama BMW adalah terhadap tugas pemanduan. Oleh sebab itu, semua elemen BMW Connected pada BMW X2 sekali lagi direka untuk membantu, memaklumkan, dan menghiburkan pemandu pada waktu yang sesuai dengan menggunakan perkhidmatan seperti Intelligent Emergency Call (Panggilan Kecemasan Pintar), Teleservices (Tele-Khidmat), Concierge Services (Khidmat Pembantu), BMW Online dan BMW Remote Services (Khidmat Kawalan Jauh BMW). Sebagai satu-satunya pembuat kereta premium yang menawarkan integrasi seperti ini, gabungan perkhidmatan BMW Connected dan fungsi penambahbaikan keselesaan membolehkan pemandu BMW X2 mengatur rutin harian mereka dengan lebih efisien.

Pemandu juga dapat menikmati pengalaman kelas pertama dalam segmen kenderaan ini dengan BMW Head-Up Display (berwarna) yang boleh menyiarkan maklumat berkait pemandu. Selain sambungan peranti USB, BMW X2 juga tersedia dengan kit hands-free dan Extended Smartphone Connectivity (Sambungan Telefon Pintar Lanjutan) yang membolehkan sambungan Bluetooth kepada jentera tersebut. Sports Activity Coupe ini menawarkan Navigation Plus dengan paparan sentuh 8.8” yang juga mempunyai fungsi split-view. Radio Media didatangkan dengan 4 pembesar suara dan 2 wufer asas.

BMW X2 juga menawarkan pelbagai seleksi sistem Driver Assistance kepada pemandu. Selain kawalan jelajah dengan fungsi brek, terdapat fungsi Park Assistant yang dapat membantu pemandu untuk memarkir secara selari. Park Distance Control dan kamera pandang belakang juga memudahkan pengendalian yang lebih tepat dan selesa.

BMW X2 didatangkan dengan warna-warna yang baru dan gah seperti Galvanic Gold Metallic, Misano Blue Metallic dan Sunset Orange Metallic, manakala ruangan dalaman jentera ini yang serba hitam dipadankan dengan sulaman kelabu. Sports Activity Coupe ini juga boleh didapati dalam warna Black Sapphire Metallic dengan ruangan dalaman berwarna Magma Red yang dikontraskan dengan sulaman berwarna kelabu. BMW X2 ini boleh didapati di semua pengedar sah BMW seluruh negara mulai hari Rabu, 21 Mac 2018.

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama 5 Tahun oleh BMW Group Malaysia, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar BMW) BMW X2 ialah:

BMW X2 sDrive 20i M Sport yang Pertama – RM 320, 800.00

Launch of the First-Ever BMW X2 (5)

Program Pembiayaan Dinamik.
BMW X2 boleh dimiliki melalui program pembiayaan dinamik yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia. Antara tawaran yang dimaksudkan ialah BMW Full Circle Programme dengan ansuran bulanan yang bermula dari RM4,498 serta bayaran muka sebanyak 20% untuk tempoh pembiayaan yang berdurasi 4 tahun dengan had perbatuan sebanyak 20,000 KM setiap tahun.

About BMW EfficientDynamics
BMW EfficientDynamics was coined by BMW more than a decade ago to define the company’s long term sustainable strategy to produce fuel-saving and alternative vehicle concepts through clean production processes. It is an array of technologies that are already fitted as standard across practically the whole model range. As the manufacturer with the most comprehensive programme for reducing fuel consumption and emissions, BMW EfficientDynamics are designed to enhance the performance and driving pleasure of the vehicles at the same time. In 2007, BMW was awarded a “Green Steering Wheel” for outstanding environmental innovation for its BMW EfficientDynamics technology.

The BMW Group
With its four brands BMW, MINI, Rolls-Royce and BMW Motorrad, the BMW Group is the world’s leading premium manufacturer of automobiles and motorcycles and also provides premium financial and mobility services. The BMW Group production network comprises 31 production and assembly facilities in 14 countries; the company has a global sales network in more than 140 countries.

In 2017, the BMW Group sold over 2,463,500 passenger vehicles and more than 164,000 motorcycles worldwide. The profit before tax in the financial year 2016 was approximately € 9.67 billion on revenues amounting to € 94.16 billion. As of 31 December 2016, the BMW Group had a workforce of 124,729 employees.

The success of the BMW Group has always been based on long-term thinking and responsible action. The company has therefore established ecological and social sustainability throughout the value chain, comprehensive product responsibility and a clear commitment to conserving resources as an integral part of its strategy.

Website: www.bmwgroup.com
Facebook: http://www.facebook.com/BMWGroup
Twitter: http://twitter.com/BMWGroup
YouTube: http://www.youtube.com/BMWGroupview
Google+: http://googleplus.bmwgroup.com

About BMW Malaysia Sdn. Bhd
BMW Group Malaysia is the representative of Bayerische Motoren Werke (BMW) AG in Malaysia with activities that cover the wholesale of BMW, MINI and BMW Motorrad vehicles, spare parts and accessories as well as the overall planning of sales, marketing, after-sales, and other related activities in Malaysia. The organisation’s presence in the country includes its National Sales Centre (NSC) in Cyberjaya and BMW Assemby Facilities at the Kulim Hi-Tech Park, Kedah which supports the Malaysian region as well as the BMW Group Data Centre (GDC), BMW Group Regional Training Centre (RTC) in Cyberjaya and BMW Group Parts Distribution Centre (PDC) at the Free Industrial Zone of the Senai International Airport in Senai, Johor which supports 22 markets in the Asia-Pacific region. BMW dealership network covers 39 outlets in various cities in Malaysia.

Launch of the First-Ever BMW X2 (9)

Launch of the First-Ever BMW X2 (6)

Launch of the First-Ever BMW X2 (4)

Launch of the First-Ever BMW X2 (3)

Launch of the First-Ever BMW X2 (1)

Launch of the First-Ever BMW X2 (11)

Launch of the First-Ever BMW X2 (7)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Marvel Studios’ Avengers: Infinity War Akan Berada di Singapura

Wanita Sebar Foto Wajah Bayi Siti Tampil Mohon Maaf