in

Blog Budiey.com Blog Rasmi Konsert Pelangi Untukmu

Dengan majlis pelancaran minyak wangi ‘NING’ yang gilang gemilang pada dua minggu yang lepas dan juga dengan pembikinan single terbaru beliau berjudul, Bukan Wanita Sempurna, Ning Baizura nampaknya kini bersedia fizikal dan mental untuk membuat persembahan hebat di konsert Pelangi Untukmu pada 16 November 2013 di TM Convention Centre yang didokong oleh TM, Suria fm, Media Hiburan dan Budiey.com sebagai blog rasmi.

Ning Bazura

‘Konsert Pelangi Untukmu’ fokus kepada pengalaman peribadi beliau yang terkini. Dimalam itu nanti beliau akan membawa penonton menghayati beberapa peringkat perjalanan hidup yang banyak memberi makna sehinggalah menjadi seorang ibu. Konsert akan dibahagi kepada 3 segmen yang bakal menonjolkan 3 peringkat kehidupan sehingga menjadi seorang ibu. Peminat akan berkesempatan menghayati lagu-lagu klasik beliau hingga yang terkini.’

Sempena Konsert Pelangi Untukmu juga, beberapa pertandingan akan disiarkan melalui media sosial seperti di facebook Ning, Twitter dan Instagram. Pemenang bukan sahaja berpeluang untuk bertemu dan berbual dengan Ning tetapi juga berpeluang untuk acara makan malam istimewa dengan Ning dan juga berpeluang memenangi tiket VIP untuk ke konsert beliau. Tak lupa juga berbagai peraduan akan dan sedang berlangsung di Suria.fm, Media Hiburan serta Budiey.com.

Ning juga akan memperkenalkan album terbaru beliau yang mana megandungi 3 buah lagu (single) terkini, dengan susunan muzik terbaru. Album tersebut dijangka akan dilancarkan pada Disember akan datang. Namun begitu, peminat berpeluang memiliki album dengan membeli beserta dengan tiket konsert yang bernilai RM150 setiap satu pembelian secara pakej CD dan tiket konsert. Pakej itu juga mengandungi tempat duduk eksklusif, album terbaru Ning, sekeping poster yang ditandatangani oleh Ning dan juga edisi terhad booklet Ning Baizura. Untuk makluman, tempat duduk istimewa ini hanya dapat diperolehi dengan pembelian melalui Universal Music Malaysia. Sila hubungi Nadia di [email protected] untuk sebarang tempahan.

Tike-tiket biasa dengan harga RM75 dan RM50 dapat diperolehi dengan pembelian melalui Ticket Charge Hotline : +60392228811 dan www.ticketcharge.com.my

Ning Bazura

Ning Bazura

Ning Bazura

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Liga Lawak Superstar Minggu Kedua

Program Istimewa 2013 Deepavali di TV3