in , ,

BLACKPINK Mengambil Alih Playlist Spotify ‘Teen Party’

Sempena Pelancaran Album ‘Kill This Love’Dengarkan Spotify untuk lagu-lagu pilihan BLACKPINK dalam Playlist ‘Teen Party’

Album mini BLACKPINK berjudul Kill This Love’ yang amat dinanti-nantikan oleh peminat telahpun dilancarkan pada hari ini dan para peminat boleh melayari Spotify untuk mendapat lebih hiburan dari kumpulan kegemaran mereka.

Blackpink Mengambil Alih Playlist Spotify 'Teen Party'

Para peminat BLACKPINK, atau lebih popular dengan gelaran BLINKS, pasti teruja dengan kandungan istimewa yang dibawakan oleh Spotify.

Selain melancarkan album baru, BLACKPINK juga melancarkan pengambilalihan playlist Teen Party di peringkat global yang boleh diakses oleh para pendengar Spotify bagi 7 hari akan datang.

Ini merupakan kemunculan semula BLACKPINK selepas hit single global  “DDU-DU DDU-DU” pada Jun 2018.

Meneraju playlist dengan lagu-lagu pilihan dari seluruh dunia yang menjadi kegemaran ahli-ahli BLACKPINK, antara yang tersenarai termasuklah Ariana Grande, Billie Eilish, dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kesihatan Bapa Semakin Teruk, Britney Spears Jalani Rawatan Mental

Kini NASIONALfm Berwajah Serba Baru!