in , , , ,

Selepas Teruk Dikecam, Black, Tomok & Shuib Tampil Mohon Maaf

Setelah beberapa hari timbul perbalahan antara netizen dan segelintir artis berhubung bantuan kepada anak seni yang terkesan kerana Covid-19, Tomok, Black dan Shuib akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka di laman Instagram.

Mereka bertiga telah pun menyiarkan posting mohon maaf di Instagram masing-masing kerana enggan menjadikan isu yang tular ini menjadi lebih buruk. Sebelum ini, Tomok antara artis yang menyatakan pandangan agar kerajaan tidak terlepas pandang untuk memberikan bantuan kepada anak-anak seni dan penggiat seni. Bagaimanapun, pandangannya itu telah dikecam oleh segelintir netizen yang beranggapan artis sepertinya mempunyai pendapatan yang tinggi.

“Assalamualaikum semua… untuk tidak menjadikan keadaan semakin buruk saya ingin meminta maaf kepada semua rakyat malaysia. Maaf sekiranya statement saya di instagram tempoh hari ada menyakiti hati kalian.

“Saya juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan..maafkan saya semua. Marilah kita sama-sama doakan semoga negara kita dan dunia bebas daripada Covid-19,”

– Tomok
Selepas Teruk Dikecam, Black, Tomok & Shuib Tampil Mohon Maaf

Menerusi rakaman sebuah video di Instagram, Black memohon maaf di atas kesilapannya menyiarkan kenyataan sehingga ada pihak yang tersinggung. Niat Black sebenarnya ingin membantu tetapi mungkin caranya salah dan ramai netizen turut terkesan. Black mengharapkan semoga netizen tidak lagi menulis komen yang negatif ke atas dirinya dan keluarga di sosial media. 

Selepas Teruk Dikecam, Black, Tomok & Shuib Tampil Mohon Maaf

“Assalammualaikum semua. Saya mengambil apa yang berlaku berhubung kenyataan saya tempoh hari sebagai kesilapan sendiri.

“Saya MOHON AMPUN DAN MAAF dan saya harap isu ini selesai.

“Saya terima apa juga kata-kata anda. Satu yang pasti, saya selalu kenang jasa anda semua yang menyokong saya,” tulisnya pada entri Instagram yang turut dilampirkan foto awalnya terlibat dalam seni.

“Sama-sama kita berdoa agar negara kita lekas bebas dari covid19 dan semoga kita sentiasa dilindungi,diberkati dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

“Sama sama kita bantu mana yg memerlukan dan semoga kita terus tabah dlm ujian ini… Mohon maaf skali lagi #pershuibofhappyness,”

– Shuib
Selepas Teruk Dikecam, Black, Tomok & Shuib Tampil Mohon Maaf

Terdahulu, Shuib menerusi satu rakaman video dimuat naik di platform sama antara lain berkata, dia terpanggil membuat rakaman bagi membela nasib rakannya yang dikritik selepas menyuarakan pandangan supaya kerajaan memberikan bantuan khas kepada penggiat seni.

Tambahnya, rakan-rakannya hanya menyuarakan pendapat, bukan demi kepentingan diri.

Sebaliknya, memperjuangkan hak penggiat seni, seperti artis veteran serta kru produksi balik tabir yang dihimpit kesulitan hidup selepas penguatkuasaab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Win OPPO Reno2 & Enco Free in OPPO Home CreativeXplorer Challenge

Zarina Anjoulie ‘Bantai’ Fizo Omar Selepas Kena Kritik