in ,

Bisnes Sudah Sukses Tapi Zoey Rahman Terkilan Sebab Tak Dapat Sokongan

Pelakon, pengacara dan juga usahawan, Zoey Rahman memanjatkan kesyukuran kerana usahanya dari bawah membina perniagaan selama ini mula membuahkan hasil.

Pelakon, pengacara dan juga usahawan, Zoey Rahman memanjatkan kesyukuran kerana usahanya dari bawah membina perniagaan selama ini mula membuahkan hasil.

Memetik Harian Metro, Zoey, 38, berbangga apabila perniagaan produk kecantikan dan penjagaan kulit yang mula diusahakan pada 2018 lalu, kini berjaya menembusi 110 cawangan kedai barangan kesihatan terkenal di seluruh Malaysia.

“Saya amat bersyukur dan kadang-kadang rasa macam nak menangis membayangkan betapa sukarnya sewaktu saya memulakan perniagaan ini dulu. 

“Berbekalkan modal yang saya kumpul hasil keringat berlakon dan mengacara digunakan sepenuhnya untuk hasilkan produk ini secara perlahan lahan. 

“Waktu itu hanya saya, pengurus dan bantuan seorang sahabat yang mahir berkenaan laman web (sesawang) dan grafik, kami gerakkan perniagaan ini. Alhamdulillah walaupun masih merangkak ia berjaya ke tahap ini,” katanya. 

Dalam pada itu,  Zoey mengakui terkilan kerana perjalanan perniagaannya seolah tidak dipandang pihak kerajaaan atau badan yang menatakelola bantuan geran perniagaan dan sebagainya. 

“Bohonglah kalau saya kata tidak memerlukan bantuan mereka, kalau tidak macam mana saya nak kembangkan perniagaan saya ke peringkat lebih tinggi.

“Semangat saya berkobar apabila produk kosmetik pertama keluaran syarikat, Mikaglo – Tinted Glowing Powder mendapat pengikhtirafan sebagai ‘Most Wanted’ produk (In Recognition Of The Products Outstanding Performance In Watsons), baru-baru ini.

“Pengikhtirafan diterima buat saya rasa bangga kerana produk tempatan berjaya bersaing dengan produk kosmetik antarabangsa yang berada dalam senarai jualan  di seluruh Malaysia,” katanya. 

Berbicara mengenai karier seninya, Zoey mengakui dia masih aktif dan berminat untuk meneruskan bakat dalam lakonan dan pengacaraan sekiranya mendapat tawaran sesuai.

“Cuma masalahnya ialah tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa saya dah jadi usahawan dantak nak berlakon lagi. Malah, saya juga didakwa meminta bayaran agak tinggi,” katanya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BELL NGASRI

Anak Bell Ngasri Wakil Malaysia Dalam Pertandingan Pidato

Diva AA Dedah Dirinya Disihir, Badan Rasa Dibakar & Tak Boleh Berjalan