in , ,

Billie Eilish Tidak Selesa Dirinya Dianggap Idola, Hilang Pengikut di Instagram

Penyanyi Billie Eilish mengakui tidak berasa selesa dengan populariti yang diraih ketika ini dan tidak gemar orang luar mencampuri urusan peribadinya.

Eilish berkata, dia juga enggan dilabel sebagai penyanyi yang memiliki ramai peminat atau ada yang menggelarnya sebagai idola.

“Saya hanya ingin membuat lagu dan terus berkarya. Saya tidak pernah kata, ‘hei perhatikan hidup saya’,”

Billie Eilish

Menurut Eilish, dia juga tidak suka apabila membaca komen jahat atau kecaman di media sosial miliknya.

Perkara itu membuatkan Eilish berasa terganggu dan sakit hati setiap kali membuka Instagram dan mendapati terdapat komen negatif dilemparkan terhdap dirinya.

“Semua kawan saya tahu yang saya tidak suka melihat komen negatif atau apa pun.

“Ketika ada pihak meninggalkan komen yang jahat, ia amat menyakitkan jiwa,”

– BILLIE EILISH

Dalam masa sama, Eilish juga sedar baru kehilangan pengikut di Instagram peribadinya sebanyak 100,000 dalam tempoh sehari.

Pelantun lagu Bad Guy itu tidak berasa terkejut dengan penurunan mendadak pengikut di media sosial miliknya.

Tanpa berselindung, Eilish mengakui ada pihak cuba mempertikaikan bentuk payu daranya selain ada menyebut dirinya lebih berjiwa lelaki.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Memey Suhaiza | 23

10 Tahun Kahwini Memey Suhaiza, Norman Hakim Imbau Suasana & Momen Ketika Ijab Kabul

Annuar Musa | 24

Tan Sri Annuar Musa Turun Padang Tinjau Lokasi Pengambaran Untuk Pantau SOP