in ,

“Bila Orang Terdekat Positif, Barulah Sedar Diri Covid-19 Ni Memang Real,” – Michael Ang

MENGAKUI dirinya sebagai kontak rapat kepada penyanyi, Alif Satar yang disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu, pengarah dan pelakon popular Michael Ang turut bergegas melakukan swab test.

Beliau bertindak sedemikian di sebuah hospital swasta di Damansara pada hari yang sama sebagai langkah berjaga-jaga.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Michael Ang bersyukur kerana disahkan bebas daripada virus itu selepas memperolehi keputusan semalam.

Katanya, beliau bertemu dengan Alif pada 11 November lalu ketika itu terserempak di sebuah kafe.

Michael Ang

Pesan beliau juga, kepada yang tertanya-tanya tentang swab test serta yang pernah bertemu supaya tidak perlu risau kerana hasil keputusan adalah negatif.

“Kepada korang yang tonton video ni, this Covid-19 is real. Sebelum ini I ada perasaan rasa I kebal tak akan kena apa semua tu.

“Sebab kita tak ada orang yang dekat dengan kita yang terkena Covid-19, jadi kita tak tahu bagaimana ia real berlaku, entah-entah ini semua propa! Tapi bila dah kena macam ni… orang terdekat positif, barulah sedar diri benda ni real.

“Kepada semua, mohon berhati-hati… ikut SOP. Buat apa yang kita perlu, pakai pelitup muka, cuci tangan dengan pembasmi kuman selalu, jaga penjarakan sosial, kalau keluar balik terus mandi, jaga diri anda sebaik-baiknya.

“Jaga keselamatan diri sendiri. Virus itu tak kenal orang, sesiapapun boleh terkena. Jadi, jaga diri korang dan orang tersayang,”

– Michael Ang

Video berdurasi 1 minit 38 saat itu telah ditonton lebih 140 ribu kali dan rata-rata warganet ucapkan syukur terhadap keputusan diperolehinya.

Semoga bermanfaat dan sama-samalah kita memainkan peranan dan berusaha membendung wabak ini agar ia tidak terus menular.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mawar Rashid Izin Suami Tambah Dua, “Selagi Raf Mampu, Tak Ada Masalah,”

Kongsi Video Baby Shower, Peminat Teruja Tunggu Kelahiran Bayi Aiman & Zahirah