in ,

BigPay Sertai Gabungan Global Untuk Meningkatkan Kesedaran Perubahan Iklim di Malaysia

BigPay hari ini menyertai ‘Every Action Counts’, satu gabungan baharu yang menghubungkan para pakar dan berkongsi amalan terbaik dalam menangani isu pemuliharaan alam dan perubahan iklim bersama-sama peneraju platform kewangan digital dunia.

BigPay hari ini bekerjasama dengan gabungan global baharu untuk menggalakkan amalan kewangan mesra alam oleh para pengguna. Kerjasama ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran perubahan iklim dan biodiversiti di Malaysia yang akan dimulai dengan  projek penanaman pokok hutan di Borneo pada suku kedua tahun 2021. 

Inisiatif korporat ini mempunyai potensi untuk memacu kelestarian alam sekitar di Malaysia dengan sasaran untuk mengurangkan sebanyak 45% pelepasan gas rumah hijau menjelang 2030. BigPay sedang berusaha untuk menawarkan produk dan memperkasakan pengalaman pengguna dalam mengamalkan gaya hidup ‘hijau’ melalui aktiviti kewangan harian mereka. Setiap aktiviti mereka akan menyumbang kepada inisiatif penanaman pokok di seluruh Malaysia.  

“Kami percaya penjagaan alam sekitar boleh dipupuk dalam tingkah laku kita pada setiap hari dan bukan hanya setahun sekali, dan cara terbaik adalah dengan menerapkan aspek kelestarian dalam setiap perkhidmatan kewangan yang dilakukan,” kata Salim.  

“BigPay percaya bahawa setiap usaha walau sekecil manapun adalah penting dan memberi impak yang besar dalam kelestarian alam sekitar. Penyertaan kami dalam gabungan ‘Every Action Counts’ merupakan langkah pertama untuk menggalakkan pengguna kami di Asia Tenggara untuk mengamalkan kegiatan kewangan yang lebih mesra alam,” kata Salim Dhanani, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas BigPay.  

Gabungan ini terdiri daripada rangkaian global termasuk syarikat kewangan, e-dagang, digital dan barangan dan perkhidmatan pengguna serta pakar kelestarian, pemuliharaan alam semula jadi dan biodiversiti. Mereka akan berkongsi cara terbaik untuk menggalakkan individu mengambil langkah positif dalam kehidupan harian mereka untuk menjalani gaya hidup lebih mesra alam. 

Antara langkah-langkah yang telah dilakukan adalah: 

  • GCash forest, syarikat yang berpusat di Filipina memberi ganjaran kepada pengguna aplikasi mereka yang mengurangkan jejak karbon (carbon footprint) dengan menanam pokok melalui kerjasama WWF.  
  • Mastercard menyatukan rangkaian perniagaan global dan pengguna untuk menangani perubahan iklim melalui inisiatif penghutanan semula, Priceless Planet Coalition. Syarikat tersebut juga bekerjasama dengan rakan kongsi mereka untuk mencipta produk inovatif digital yang memberikan maklumat mengenai impak karbon terhadap setiap pembelian dan memudahkan orang ramai untuk menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar.     
  • Ant Forest, adalah inisiatif hijau platform Alipay yangmenggalakkan para pengguna untuk mengamalkan aktiviti pengurangan karbon dalam kehidupan harian seperti menaiki bas ke tempat kerja daripada memandu kenderaan sendiri dan membayar bil utiliti secara dalam talian daripada luar talian. Inisiatif ini telah menyumbang kepada lebih 200 juta penanaman pokok dalam masa kurang dari lima tahun.

Gabungan ini juga bertujuan untuk mempromosi perkongsian pengetahuan untuk memberi inspirasi dalam inovasi penyelesaian teknologi hijau di serata dunia serta membantu syarikat untuk fokus dalam gaya hidup mesra alam untuk semua.   

Marianne Haahr, jurucakap gabungan ‘Every Action Counts’ dan Pengarah Eksekutif Green Digital Finance Alliance berkata: “Gabungan baharu ini ingin memanfaatkan teknologi dan kerjasama secara kreatif untuk meningkatkan kesedaran dan menjana usaha mesra alam kepada 1 billion pengguna  menjelang 2025. Kami ingin menjadikan gaya hidup para pengguna sebagai pemacu pemuliharaan dan penjanaan alam.

“Kami meramalkan masa depan di mana perkembangan ekonomi bukan sahaja boleh wujud bersama malah menyokong pemuliharaan alam dan usaha iklim, dan atas sebab itulah kami bergandingan dengan rakan kongsi yang boleh membantu memperjuangkan visi ekonomi global kita.” 

Inger Andersen, Pengarah Eksekutif Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), penyokong gabungan ‘Every Action Counts’ berkata: “Alam sekitar menyediakan udara, air dan makanan untuk kita nikmati tetapi kita tidak menjaganya dengan baik. Justeru, saya mengalu-alukan gabungan ini yang bertujuan untuk memperkasakan 1 bilion pengguna dimana aktiviti harian mereka membantu menangani perubahan iklim dan mengakhiri kehilangan biodiversiti. Menggalakkan kesedaran kepada para penggunna adalah kunci dalam usaha kami untuk melaksanakan pemulihan ekosistem melalui UN Decade.

Antara rakan kongsi yang menyertai pelancaran ini termasuk: Ant Group (China), BBVA (Sepanyol), BigPay (Malaysia), DANA (Indonesia), FNZ (UK), GCash (Filipina), Lazada Group (Singapura), Mastercard (AS), MTN (Afrika Selatan), Paytm (India), SANLAM (Afrika Selatan), dan Telenor Microfinance Bank (Pakistan).

Pakar yang bekerjasama dengan gabungan ini termasuk Siegmar Otto, penyelidik terkemuka dalam gaya hidup lestari para pengguna dan interaksi manusia-komputer; Profesor Richard Wood, dari Program Ekologi Industri di Norwegian University of Science and Technology (NTNU); dan jurutera alam sekitar Francesca Verones dari NTNU.   

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Foto Azmin di Turki Tular, Tapi Apa Yang Pemandu Tulis Menarik Perhatian Najib

Kronologi Kes Bella, Kisah Tular Kanak-Kanak Yang Didera Tanpa Simpati