in ,

BigBang Dilantik Jadi Ikon Kreatif Negara Korea Selatan

Kumpulan K-Pop BigBang diberi penghargaan sebagai ikon kreatif negara Korea Selatan sempena ulang tahun ke 10 kumpulan tersebut.

Kumpulan yang memulakan kerjaya dengan pelancaran single pertama mereka pada 19 Ogos 2006 menarik perhatian dunia seni sehingga menjadikan kumpulan ini paling berpengaruh di negara itu.

big-bang

Kementerian Kebudayaan negara itu mengumumkan BigBang akan terlibat dengan acara antarabangsa seperti Rio Summer Olympics dan PyeongChang 2018 Winter Games Olympics.




“Melalui aktiviti BigBang sebagai ikon kreatif, kami percaya ia mampu mempromosikan negara Korea dengan lebih meluas,” ujar wakil Kementerian Kebudayaan.

BigBang baharu sahaja melancarkan filem Bigbang MADE: The Movie yang akan menampilkan secara peribadi kegiatan ahli BigBang selama 340 hari.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Merchandise Filem PETE’S DRAGON

Lagu HELLO DUNIA Buah Tangan Sulung Natasha Sass