in

Astro Bakal Perkenal Pertandingan Nyanyian Big Stage Untuk BBNU

Seiring dengan revolusi digital dan kebangkitan arus media alaf baharu yang memberi impak besar ke atas lanskap dunia hiburan masa kini, Astro sekali lagi mengambil langkah maju ke hadapan dengan mempertemukan dua dunia iaitu dunia digital dan dunia TV di pentas ‘Big Stage’ yang bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 5 Ogos 2018 selama 8 minggu.

big stage

‘Big Stage’ ialah sebuah pertandingan nyanyian yang bakal mempertaruhkan 10 bakat-bakat muda yang cukup popular di kalangan pengikut media sosial atau lebih dikenali dengan jolokan ‘BBNU’ yang semakin mendominasi arus hiburan terutamanya menerusi laman digital.

Siapakah 10 ‘BBNU’ yang bakal berentap di pentas ‘Big Stage’ yang buat julung kalinya diterbitkan ini? Siapakah pula pasangan pengacara yang bakal mengemudikan pentas utama? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasminya kelak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HOCO Dilancarkan di Malaysia

Terokai Potensi Teknologi dan Seni Tanpa Had dengan OPPO Find X di Malaysia