in

Jangan Lupa Konsert Pertama BIG STAGE Pada Ahad Ini

Seperti yang diumumkan baru-baru ini, program ‘Big Stage’ ialah sebuah pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti menampilkan seangkatan bakat muda generasi alaf baharu yang kini popular dengan jolokan ‘Budak Baru Nak Up’ atau ‘BBNU’ dalam kalangan penggiat industri seni tanah air.

big stage

Seramai 10 bintang ‘BBNU’ bakal dihimpunkan di pentas utama ‘Big Stage’ selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara untuk musim yang buat julung kali diterbitkan ini. 10 bintang ‘BBNU’ tersebut adalah terdiri daripada Afieq Syazwan, Andi Bernadee, Ariff Bahran, Shafiq Farhain, Tajul, Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie.

Untuk pusingan minggu pertama yang bertemakan ‘Lagu Viral’, kesemua peserta diberi cabaran untuk membawakan kembali lagu-lagu ‘cover’ nyanyian mereka yang pernah tular sehingga berjaya meraih populariti luar biasa di laman sosial.

Adakah persembahan mereka mampu memikat hati para juri yang bukan calang-calang iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir? Nantikan juga seorang lagi juri jemputan yang bakal diundang khas untuk memeriahkan pusingan pertama pada minggu ini? Siapakah dia? Sama-sama kita ketahui kelak.

Siaran Langsung Konsert Big Stage (Minggu Pertama) pada 5 Ogos 2018 (Ahad), jam 9.00 malam di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Tiket Festival Muzik K-WAVE 3

Semakin Ramai Bintang Ternama Memilih Shopee