in ,

Shaa Lancar Single Terbaru Berjudul BIAR KU PERGI

Tahniah buat Shaa yang telah tercalon Artis Baru Meletop AME 2018. Tahniah juga sebab sekarang Shaa dah lancar sebuah lagi lagu berjudul BIAR KU PERGI setelah melonjak nama dengan lagu PERTAMA KALI yang dah dikeluarkan hampir setahun yang lalu.

Single BIAR AKU PERGI adalah merupakan karya dari Mekiya, seorang komposer baru yang telah menghasilkan beberapa lagu hit sebelum ini antaranya SUDAH KU TAHU & AISHAH (Projector Band) dan JELMAAN RINDU (DADILIA BAND). Penerbit lagu yang sama untuk lagu PERTAMA KALI, Eddie Hamid sekali lagi bertindak sebagai penerbit untuk lagu baru ini.

NOVA_Sofazr_Clan_Sleeve art FA

Single terbaru SHAA – BIAR KU PERGI akan dipasarkan secara komersil pada hari Jumaat, 2 Mac 2018 ini.

Biar Ku Pergi – Shaa
Lagu/Lirik: Mekiya
 (Nova Music (M) Sdn. Bhd.)

Verse
Tak pernah ku rasai
Kehilangan kau di sisi
Tak ingin aku kau pergi
Pergi meninggalkan diri ini

Kian lama berlalu
Dirimu masih di hatiku
Indahnya kenangan bersama
Saat kau berada di sisiku kasih

Korus
Biarlah kisah-kisah kita dulu
Menjadi sebuah memori
Anggaplah lumrah dunia
Percintaan ini

Mengapa rindu berakhir
Mungkinkah suratan takdir
Kau pergi tinggalkan aku
Buat selamanya

Biarkan aku pergi
Membawa luka di hati
Ku sedar siapa diri ini
Sekadar ku menumpang kasih yang
Tak pasti

SHAA promo Image

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

‘Pergi Dalam Usia Yang Cantik, Amal Ilmu Yang Cantik’ – Pelakon Ali Setan, Azmil Mustapha Meninggal Dunia

Fakta Yang Korang Tak Tahu Tentang Drama TIADA ARAH JODOH KITA