in ,

Betul Ke Sharnaaz Ahmad Bercinta Dengan Elfaeza Ul Haq?

[dropcap]B[/dropcap]aru-baru ini, Budiey ada terbaca tentang gossip yang mengatakan kononnya pelakon Sharnaaz Ahmad bercinta dengan seorang pelakon berasal dari Singapura bernama Elfaeza Ul Haq. Wah, tak sampai beberapa bulan putus cinta dengan Shila Amzah, nampaknya Sharnaaz Ahmad dah ada cinta baru sedang berputik mekar mewangi katanya. Tapi betul ke gossip tu? Budiey pun susah nak percaya. Atau gossip ni hanya untuk gimik promosi drama je kot? Biasanya macam tu lah eh.

Haa, okay tak pe, pihak media petang semalam telah berpeluang berjumpa dengan Sharnaaz Ahmad di majlis pelancaran filem arahan Bade Haji Azmi, Sindiket di Restoran Rebung, Bangsar. Media ada  bertanya sendiri tentang gosip ini. Haa, betul ke tiddhoook?

Selain mahu fokus pada kerjaya lakonannya yang semakin tak menang tangan & ‘masyyyyuuuk’, jejaka kelahiran Georgetown, Pulau Pinang ini memberitahu, tidak bermakna dia sudah menutup pintu hatinya terhadap cinta.

Ditanya sejauh mana kebenaran khabar angin itu, Sharnaaz berkata dia tak ada hubungan istimewa dengan pelakon wanita kelahiran Singapura yang sedang rancak membina nama dan sebelum ini berlakon dalam drama bersiri Adam & Hawa itu.

“Saya tidak ada apa-apa hubungan dengan dia, saya jenis berterus terang, kalau memang bercinta saya tidak pernah menafikan.

“Buat masa ini saya tidak bercinta dengan sesiapa pun.”

Sharnaaz turut menafikan bahawa dia sudah melupakan Shila Amzah.  Sharnaaz ternyata terkejut macamana boleh timbul cerita tentang gossip ini.

“Oh, saya shooting dengan dia untuk drama Mukhliz yang akan ditayangkan di TV1 tak lama lagi. Saya memang tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Rasanya semua orang kenal saya. Saya ni jenis, kalau ada saya cakap ada. Kalau tak ada, saya cakap tak ada. Dan jawapan saya… tak!”

Elfaeza Ul Haq

Elfaeza Ul Haq

Sharnaaz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Kad Jemputan Kahwin Linda Hashim & Beego

Sebab Mengapa Budiey Mahu Join Maybank Bali Marathon 2013