in , ,

Betul Ke Sarah Suhairi Dah Bertunang?

Mengulas lanjut perkara itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Rise and Fall itu berkata, tujuannya berkongsi foto berkenaan berserta keterangan gambar yang mencetuskan spekulasi hanyalah untuk mengusik pengikutnya.

“Mana ada bertunang? Sarah cuma bergurau sahaja,”

– SARAH SUHAIRI

Sarah Suhairi mengulas tindakannya memuat naik gambar jari kanan bersarung cincin di Instagram (IG) Story, baru-baru ini.

Mengulas lanjut perkara itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Rise and Fall itu berkata, tujuannya berkongsi foto berkenaan berserta keterangan gambar yang mencetuskan spekulasi hanyalah untuk mengusik pengikutnya.

“Masa itu Sarah baru balik daripada majlis perkahwinan sepupu. Sarah kongsi gambar di IG Story dengan kapsyen Alhamdulillah… Eh. Sarah buat begitu sekadar mahu mengusik pengikut.

Betul Ke Sarah Suhairi Dah Bertunang?
Sarah Suhairi hanya mengusik pengikut dalam media sosial dengan muat naik gambar jari bersarung cincin. – Foto IG Sarah Suhairi

“Sebaik sahaja Sarah muat naik foto, ramai yang mula bertanya, betulkah Sarah bertunang? Masa mula mereka nampak perkataan Alhamdulillah, memang ramai yang percaya Sarah bertunang, tetapi apabila melihat perkataan Eh di hujungnya, barulah mereka tahu Sarah bergurau,” katanya kepada BH Online.

Ditanya apakah statusnya ketika ini, penyanyi berusia 20 tahun itu mengakui, masih belum mempunyai teman istimewa.

“Buat masa ini, saya tak ada sesiapa, tak nampak bayang lagi. Memang ada yang mendekati diri Sarah tetapi, jujurnya, takut jugalah.

“Yang mencuba adalah kawan masa sekolah dan bukannya rakan artis. Sarah tak terfikir soal nak ada teman istimewa. Relaks dahulu dan fokus pasal kerjaya,” ujar penyanyi yang berasal dari Rawang, Selangor ini.

Dalam perkembangan lain, Sarah kini sedang sibuk mempromosikan single terbaharu berjudul Satu Di Hati yang disampaikan secara duet bersama Ariff Bahran.

Lagu berkonsepkan kerohanian itu diambil daripada lagu duet mereka sebelum ini iaitu Bicara Rasa.

“Melodinya sama cuma susunan muzik dan liriknya diubah menjadi lebih Islamik,” ujarmya.

Sumber: BH Online

What do you think?

18 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Pergi Kelab Malam Siap Buka Tudung,” – Isteri Mula Pecah Rahsia Sebenar Alya Iman

Ziana Zain, Ameng, Siti Nordiana & Ippo Hafiz Dalam Muzikal Aidiladha